Pasukan Malaysia berjaya memintas Indonesia dalam ranking FIFA selepas menewaskan Laos dalam perlawanan persahabatan antarabangsa manakala negara jiran itu tewas kepada Jepun.
Malaysia mencatat kemenangan 3-1 ke atas Laos dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium PAT, Thailand dimana Harith Haiqal, Stuart Wilkin dan Sergio Aguero menyumbangkan jaringan bagi pasukan negara.
Baca Juga:
- Perlawanan Persahabatan: Malaysia Menang 3-1 Ke Atas Laos
- Netizen Indonesia Serang Instagram Kaoru Mitoma Selepas Insiden Kekasaran Terhadap Kevin Diks
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Jepun Mudah Atasi Indonesia
Nasib tidak berpihak kepada Indonesia dimana mereka dibelasaj Jepun dalam kelayakan Piala Dunia 2026 dimana skuad kendalian Shin Tae-yong tewas dengan keputusan 4-0.
Gol Jepun disumbangkan oleh Justin Hubner (gol sendiri), Takumi Minamino, Hidemasa Morita dan Yukinari Sugawara sekaligus memastikan skuad Samurai Blue kekal di puncak kumpulan E.
Berdasarkan rekod kedudukan yang terbaru pada 16 November 2024, Malaysia menaiki lima anak tangga (128) selepas memperoleh +2.97 daripada kemenangan ke atas Laos, manakala Indonesia, kekal di tangga ke-129, meraih -2.93 berikutan kekalahan kepada Jepun.
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya. Malaysia bakal berkunjung ke Hyderabad untuk bertemu India, manakala Indonesia akan menghadapi perlawanan keenam berdepan Arab Saudi di tempat sendiri dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad Garuda wajib mencatat kemenangan bagi menghidupkan semula usaha mereka untuk memberi saingan terhadap pasukan di tangga teratas sekaligus cuba layak untuk ke temasya pada 2026 di Amerika Utara nanti.
Pada perlawanan pertama di Stadium Kompleks Sukan Raja Abdullah, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 menerusi jaringan Sandy Walsh dan Musab Fahz Aljuwayr.
Indonesia ketika ini menduduki tangga tercorot dengan tiga mata manakala Arab Saudi pula menduduki tangga ke-3 dengan enam mata.