Salah satu makanan segera yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia sudah semestinya burger Ramly yang dijual di tepi jalan. Walaupun tampak ringkas, makanan ini berjaya memenuhi citarasa ramai dan menjadi comfort food dikala lapar.

Tular baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik seorang TikToker dari Indonesia yang berkongsi tempat jualan burger di sebuah jalan bertempat di Kota Bandar Lampung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila TikToker tersebut menanyakan soalan kepada peniaga tentang rupa burgernya yang mirip seperti burger Ramly di Malaysia.

burger ramly
Sumber Gambar: TikTok Alejes

Ternyata jangkaan itu betul selepas penjual itu berseloroh mendedahkan burger tersebut memang datang dari Malaysia dan dijual kepada warga lokal di negara itu.

Difahamkan dia telah menjual burger itu sejak tahun 2017 lagi dan beroperasi dari pukul 4 petang sehingga 10.30 malam tanpa pernah bercuti.

Sumber Gambar: TikTok Alejenes

Di dalam video tersebut, dia kelihatan sangat mahir mengendalikan pembuatan burger yang mana lengkap dengan balutan telur, sayur segar, kepingan cheese dan juga beberapa sos ekstra bagi menambah kesedapan burger itu seperti yang terdapat di Malaysia.

Di akhir video itu, TikToker bernama Alejenes terus mencuba dan memuji keenakan burger Ramly yang dibelinya dengan beri ‘thumbs up‘.

@alejenes

Mirip burger ramly yg di malaysia #kulinerlampung

♬ original sound – Kuliner Lampung – Kuliner Lampung

Video tersebut berjaya meraih jumlah tontonan hampir sejuta, dengan 28,000 likes di samping dihujani sejumlah komentar dari netizen tempatan dan juga dari Indonesia.

Majoriti netizen tempatan meluahkan keterujaan melihat burger tempatan yang berjaya menembusi negara jiran malahan mula dikenali dengan warga tempatan di sana.

burger ramly
Sumber Gambar: TikTok Alejenes
burger ramly
Sumber Gambar: TikTok Alejenes

Selain bangga ia sudah bertapak di sana, sebahagian netizen juga mengatakan ia sesuatu tanda positif kerana berlaku aktiviti perdagangan barangan yang akan menyumbang kepada ekonomi negara.