Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sentiasa menjadi pilihan rakyat luar negara untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan.
Sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, beberapa langkah diambil oleh agensi berkaitan seperti memasang iklan mengenai negara kita.
Baca Juga:
- ‘Gaji Graduan Universiti Sekarang Patut Bermula RM7,000-RM8,000’ – Bekas Gabenor Bank Negara
- Tahap IQ Rakyat Malaysia Di Top 25 Dunia, Indonesia Antara Yang Terendah Di Asia
- Presiden Prabowo: Kos Haji Indonesia Mesti Lebih Murah Dari Malaysia
Malaysia ‘Tawan’ Tren Jepun, Tapi Ada Yang Panas
Menurut perkongsian Saudara Kamal Zharif Bin Kamaludin di laman media sosial Facebook, beliau ternampak iklan mengenai Malaysia di Osaka di salah satu tren laluan Nankai.
Perkara ini mendapat sambutan hangat dari netizen yang mana ada beberapa dari mereka turut berkongsi perkara sama di negara seperti United Kingdom.

Akan tetapi, perkara ini nyata sukar diterima oleh segelintir rakyat Indonesia dimana mereka mempersoalkan beberapa perkara mengenai iklan yang ditayangkan.
Rakyat Indonesia mempersoalkan mengenai penggunaan corak batik dalam iklan tersebut dimana seperti biasa, mereka claim batik berasal dari negara mereka.

Selain itu, ada segelintir rakyat yang menulis komen jelik seperti menghina masyarakat kaum India selain memanggil rakyat negara ini dengan panggilan Malaydesh.
Apa yang pasti, industri pelancongan negara semakin berkembang maju dan biarkan mereka yang cemburu untuk terus ‘panas’ di media sosial.