Siri Mobile Legends Profesional League di Indonesia memperlihatkan jumlah pengunjung yang luar biasa kerana pertembungan dua pasukan gergasi berentap mahu merebut takhta juara dan hadiah tunai berjumlah $298,000.
Berakhir dengan sambutan yang cukup hebat, seorang pempengaruh Indonesia dengan nama Dokter MLBB langsung meluahkan kekecewaan dengan keadaan lokasi pertandingan selepas ditinggalkan oleh pengunjung di sana.
Dia langsung memperlihatkan keadaan sebenar lokasi pertandingan yang dipenuhi longgokan sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung pada hari itu. Hal ini sudah pasti menyakitkan mata buat sesiapa yang melihatnya.
Sejumlaj bekas plastik makanan dan minuman kelihatan bertaburan di sekitar kawasan yang seluas mata melihatnya. Pengunjung yang masih berehat atau menunggu sepertinya tidak mengendahkannya walaupun berada di sekitar mereka.
Bagi dirinya, tiada guna mengadakan acara grandfinal yang hebat tetapi masih tidak mempunyai displin untuk menjaga kebersihan yang mana hanya akan memberikan imej yang negatif kepada orang ramai.
Untuk mengembangkan scene permainan esport yang lebih mampan, setiap individu perlu memulakan dengan langkah kecil sebagai contoh membuang sampah ke dalam tong sampah dan barulah dihormati orang lain.
“MPL ID sudah mantap, tolong ketertiban penontonnya juga mesti mantap juga dong. Ini bukan buat gimik, tapi tamparan buat next event supaya lebih tertib,” tulisnya dengan teks yang besar di dalam video.
@doktermlbb Masa mesti panggil @pandawara ke venue MPL 🥹 #mplindonesia #mplditiktok #mplplayoffs #grandfinal #rrq #onicesport
Menjengah ke ruangan komentar, ramai netizen Indonesia dilihat saling menyalahkan di antara satu sama lain malahan ada yang mendakwa itu adalah tanggungjawab pihak pengurusan kebersihan semata-mata.
“kan ada petugas kebersihan.. nanti gunanya apa?,” tulis seorang netizen.
“Kan ada pembersihnya Ngapain mikir , Terserah lah mau buang dimana,” ujar seorang lagi.
“Dari bola smpai esport sama aja fans nya nggak pernah berubah,” seloroh seorang netizen lain.
Selain itu, ada yang meluahkan rasa malu malah membandingkan dengan warga Malaysia yang dilihat lebih beretika dan tidaklah seteruk yang dipaparkan di dalam video itu pada padangan mereka.