Sejak tahun 2020, kemelut keluarga melibatkan Ali Puteh serta balu arwah Abam, Hidayah dilihat tidak berkesudahan. Kemelut keluarga ini menjadi lebih keruh apabila berlaku fitnah dan saman melibatkan harta peninggalan arwah Abam.
Terbaharu, Ali Puteh yang kini rancak berniaga di TikTok sekali lagi telah mendapat pesanan daripada Hidayah untuk membayar tuntutan hutang berjumlah RM76,167.28.
Baca Juga:
- ‘Saya Pilih Untuk Berdamai Namun Ditolak’ – Ali Puteh Sebak Tidak Dapat Berjumpa Anak Arwah Abam
- ‘Allah Tak Pernah Ajar Buat Begini’ – Ali Puteh Dakwa Pihak Hidayah Tabur Garam Keliling Rumah Arwah Abam
Peringatan yang dibuat Hidayah tersebut secara tidak langsung telah mendapat perhatian ramai malah terdapat netizen yang terkejut mengetahui Ali Puteh masih gagal untuk membayarnya.
@ohbulanofficial Ali Puteh baik baik saje 😄😄#aliputeh #ohbulan #news #fyp
Sementara itu, Ali Puteh baru-baru ini tampil berkongsi menerusi laman TikTok memaklumkan dirinya mahu menjadi seorang yang matang serta mahu elakkan mengeluarkan sebarang kenyataan. Selain itu, beliau memaklumkan untuk mahu fokus berniaga.
“Biasalah, saya tengah seronok berniaga. Mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita. Jadi, jangan layan”.
“Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ini tak akan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan meniaga macam biasa,” ulas Ali Puteh.
Diharapkan semoga hubungan dua individu ini kembali akrab sekaligus mengelakkan sebarang persengketaan yang berlaku sebelum ini. Ali Puteh pada April lalu turut mendedahkan pernah memilih untuk berdamai dengan Hidayah namun ditolak.