Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila pelawak Ali Puteh memaklumkan hanya akan membayar ganti rugi kepada pihak Hidayah sebanyak RM60,000 secara ansuran. Lebih mengeruhkan keadaan, Ali Puteh turut mendakwa pihak Hidayah telah menabur garam pada rumah arwah Abam.
Terbaharu, Ali Puteh yang kerap kali menjadi kecaman netizen menerusi temu bual bersama Melodi mendedahkan pertelingkahan yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan kepada karier beliau.
Baca Juga:
- ‘Jumpa Kakak Ipar Dan Minta Maaf’ – Peguam Syarie Kongsi Ilmu Faraid Buat Ali Puteh
- Geram Lihat Video Ali Puteh, Wanita Dayak Tegur Dan Cerita Cara Santau Yang Sebenar
- Balu Arwah Abam Tuntut Cepatkan Bayaran, Ali Puteh Mahu Bayar RM60,000 Secara Ansuran
Bukan itu sahaja, Ali Puteh nyata terkejut apabila mahkamah mengeluarkan arahan untuk menyita rumah arwah ibu beliau, Allahyarhamah Sabariah Arshad di Batu 10, Gombak.
@melodiberapi Nampaknya pertelingkahan antara Ali Puteh dan Norhidayah semakin berpanjangan.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #aliputeh #norhidayah
Sehubungan dengan itu, beliau tampil mempersoalkan mengapa aset tersebut pula dikaitkan sedang isu melibatkan saman RM60,000 itu cuma melibatkan pihaknya bersama Norhidayah sahaja.
Ali Puteh yang mengakui sudah penat menjadi kecaman netizen turut menyeru Norhidayah agar berhenti membuat fitnah terhadap keluarga beliau.
Turut mengulas isu datang ke rumah Abam
Ali Puteh ketika ditanya pihak Melodi turut memaklumkan apa yang diperkatakan Norhidayah adalah fitnah. Hal ini kerana pihak peguam sendiri mengesahkan telah turun bersembang dengan abang ipar beliau pada hari kejadian dan bukannya tidak ada langsung seperti yang didakwa.