Sebelum ini pernah tular lambakan iklan berunsur dewasa dan double meaning di billboard tepi lebuh raya. Hal ini menimbulkan kerisauan ramai pihak terutama sekali mereka yang ada anak kecil.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @FahimJefri telah memuat naik gambar sebuah kereta dan dilihat banyak sticker ditampal pada cermin belakang kereta. Sticker tersebut dilihat memaparkan kata-kata double meaning dan lucah sehingga membuatkan dirinya malu melihat sticker tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pastinya jika berada di jalanan, individu yang berada di belakang kereta tersebut akan dapat membaca sticker yang ditampal. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen juga mengecam tindakan pemilik kereta menampal sticker seperti itu.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa tidak sewajarnya dan seksualkan wanita bukanlah satu bahan gurauan. Hal ini perlu dipandang serius kerana ia seolah-olah memperlekehkan maruah wanita.

Malah, rata-rata netizen juga tidak faham kenapa pemilik kereta tersebut mahu menampal sticker itu. Akan tetapi, ada juga individu mengatakan tiada masalah dengan sticker tersebut dan ia hanyalah gurauan.

Segelintir netizen juga mendakwa sebenarnya sticker berunsur lucah ini sering dilihat pada lori. Menjengah ke platform e-dagangan seperti Shopee dan Lazada, banyak sticker seperti itu dijual secara terang-terangan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Tengok Pun Dah Penat’ – Netizen Kagum Dengan Kecekalan Lelaki Sindrom Tourette Cuba Tenang Ketika Solat

‘Sekali Gunting RM500’ – Netizen Terkejut Dengan Harga Potongan Rambut Di Salun Mewah Ini