Manchester United sasar kejuaraan UEL, menurut Ruben Amorim. Mereka mahu menang trofi tersebut demi Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes sekali lagi menjadi wira kebangkitan Man United dengan hatrik di malam eropah.
United ketinggalan terlebih dahulu menerusi gol oleh bintang Real Sociedad, Oyarzabal.
Namun Bruno Fernandes membalas gol itu dengan 3 gol. Ini termasuk 2 sepakan penalti pada dua gol pertama dan gol cantik untuk melengkapkan hatriknya.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Ruben Amorim berkata Manchester United sasar kejuaraan UEL pada kali ini.
United sasar kejuaraan UEL
Mereka terhutang budi kepada Bruno Fernandes yang dianggap paling layak untuk memenangi trofi setelah kerja keras dan semangatnya.
Ruben Amorim berkata: “Dia adalah kapten sempurna untuk Manchester United dan kami harus membantunya memenangi trofi.”

Amorim menggariskan misi Man United sasar kejuaraan UEL kerana itu adalah piala tersisa untuk mereka musim ini.
๐ฃ๏ธ Rรบben Amorim on Bruno Fernandes: "When we need it, he's ALWAYS there."
"He's a perfect captain for our team and we need to help him to win titles, because he deserves a lot."#MUFC pic.twitter.com/btrk55vKQ8
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) March 13, 2025
Amorim akui Bruno Fernandes mesti kadangkala rasa sukar, kerana dia terlalu berkeinginan untuk menang trofi.
“Kadangkala sukar untuk pemain seperti dia. Kerana dia benar benar terdesak mahukan kemenangan dan kadangkala agak melampau.
“Ia bukanlah sesuatu yang buruk kerana kadangkala dia seperti tak percayakan rakan sepasukannya [dengan melakukan percubaan sendiri], apa yang pasti dia sentiasa ada ketika kami memerlukannya.”
๐จRuben Amorim: โWe need to help him [Bruno Fernandes] to win titles because he deserves it.โ pic.twitter.com/Ardkb0epZC
— ๐๐บ๐ผ๐ฟ๐ถ๐บโ๐ ๐ฅ๐ฒ๐ฑ๐ โ๐ผ๐ต๐น (@AmorimBalll_) March 13, 2025
Ruben Amorim kagum dengan kualiti Bruno Fernandes yang dianggap sebagai pemain tengah lengkap.
โDia boleh bermain bola mati, boleh menjaringkan gol – [pakar dalam sepakan] penalti, membuat peralihan berkesa dan membantu bertahan dalam 15 minit terakhir permainan. Dia sangat bahaya apabila berada di kawasan kotak penalti,” tambah Amorim lagi.

Bruno Fernandes masih lagi menjadi pemain yang penting untuk United. Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe menganggap Bruno Fernandes antara contoh terbaik pembelian berbaloi berbanding dengan beberapa pembelian tidak berbaloi kelab itu.
Man United mahu lebih banyak pembelian seperti Bruno Fernandes di masa akan datang.