Seorang lagi mangsa gangguan CEO Batu tampil mendedahkan sikap gatal pempengaruh tersebut.

Baru baru ini CEO Batu ‘kantoi’  menghantar gambar tidak senonoh kepada seorang kanak kanak berusia 14 tahun.

Tindakan itu membuatkan ibu kanak kanak tersebut mengadu kepada Caprice dan meminta pempengaruh tersebut membantu menularkan perkara tersebut.

Lantas, Caprice, memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang mengejutkan di laman Instagram miliknya.

“CEO Batu tu budak bawah umur! Kasi angkut @pdrmsia_official sampai bila kita nak biar kes-kes macam ni? Sampai anak orang pun tak selamat.” – Caprice

Mangsa gangguan CEO Batu disaran buat laporan polis segera

 

CEO Batu yang selama ini dikenali dengan konten santai dan kelakar, kini menjadi kemarahan netizen. CEO Batu sempat memberitahu bahawa dia terlepas pandang, di  mana dia patut crop gambar  tersebut. Gambar tidak senonoh itu sebenarnya untuk teman wanitanya, namun dia tersilap.

Malangnya, Caprice kemudian  tampil dengan hantaran terbaru menyatakan bahawa lebih ramai mangsa yang tampil selepas CEO Batu ketahuan melakukan perkara tidak senonoh itu. Dan ternyata dia sudah berkali  kali menghantar gambar tidak senonoh tersebut.

Caprice berkata: “Seperti yang dijangka, apabila kita buat pendedahan, maka akan tampil mangsa-mangsa yang lain. Sila kemukan lampiran bukti dan buat laporan polis secepat mungkin.”

Menurut tangkap layar tersebut ternyata mangsanya akui tidak selesa dengan gambar dihantar CEO Batu yang menunjukkan alat sulitnya.

CEO Batu kemudian meminta maaf, dan berjanji tak akan hantar gambar sebegitu lagi.

Netizen segera memberikan komen: “Kalau yang pertama terlepas pandang, ini kali kedua, terlepas pandang lagi?”

Ada yang berkata: “Jika tersilap send gambar, boleh sahaja dia padamkan dengan opsyen ‘delete for everyone’.”

ceo batu

Yang lain kemudian menyindir:

“Konon bagi alasan jaga mak ayah bila dia buat macam ni tak ada pulak dok pikiaq mak ayah aduh laa. Pernah jumpa tahun 2021 gambar CEO main litmatch tapi sekarang tak tahulah kalau dua masih lagi main ke tak aplikasi tu. Dulu minat la dengan dia tetapi sekarang apabila dah tahu kes ini terus tak minat teruih, unflollow ig , tiktok.”

Netizen tersebut merujuk kepada rayuan CEO Batu kepada keluarga mangsa agar tidak memanjangkan kes tersebut dan sedia meminta maaf. Kerana menurutnya, kes ini boleh meruntuhkan statusnya sebagai influencer. Dan dia masih ada keluarga – termasuk ibu bapa – yang masih perlu dia tanggung.

Sebelum Serah Diri, CEO Batu Sempat Rayu Jangan Panjangkan Kes Sebab Dia Masih Ada Ibu Bapa Untuk Disara

CEO Batu sudah menyerah diri di balai Polis dan direman untuk membantu siasatan kes melibatkan gangguan seksual ke atas kanak kanak.

CEO Batu Serah Diri Kepada Polis, Direman Untuk Bantu Siasatan