Seorang lelaki dirakam ludah pekerja dan pelanggan sebuah taman mainan dalam sebuah pasar raya selepas anaknya dituduh mencuri gula-gula dan air.
Menerusi video yang dimuat naik semula akaun X.com @AsyrafRosli_, lelaki itu meludah mengenai dua wanita.
Kemudian lelaki itu membawa anaknya pergi daripada taman mainan berkenaan.
Customer ludah staff dengan customer lain sebab staff cakap anak dia ambil gula2 dengan air tak bayar. Malu lah dekat anak dok tengok. Haiyaa pic.twitter.com/MJykZnQtf8
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) May 18, 2024
Dalam pada itu, akaun X.com @AsyrafRosli_ ada berkongsi penjelasan daripada pemilik video asal. Menurutnya lelaki terbabit merupakan pelanggan tetap taman permainan itu.
“Nak dijadikan cerita dia ini regular customer anak dia memang suska ambil barang. Walaupun kami marah ke larang, dia tetap ambil.
“Petang tadi anak dia curi gula-gula dengan air berjumlah RM9. Jadi bapa dia cakap boleh bayar, tetapi dia mahu refund RM48 yang anak dia masuk taman mainan.
“Mana boleh macam itu. Jadi bapa dia tak boleh terima kesalahan anak sendiri, jadi bapa dia ludah pekerja yang tidak bersalah dan ludah pelanggan yang bercakap dengan dia itu,” terang akaun TikTok bernama ‘Meow’.
Netizen mengecam tindakan lelaki itu, ramai berkata lelaki itu sepatutnya menyemak perkara terbabit dengan anaknya terlebih dahulu.
Pada masa sama, netizen menyatakan lelaki itu perlu bertanggungjawab dalam mendidik anak sendiri supaya tidak berani mengambil barang sebarangan.
Dalam pada itu, orang ramai menyarankan pekerja kedai itu membuat semakan rakaman CCTV dan membuat laporan polis supaya tindakan dapat diambil.