Sindiket geng plastik hitam atau sindiket ponteng puasa di Tikam Batu , Sungai Petani telah diserbu dan beberapa individu dikenakan tindakan.
Sebuah premis perniagaan di Tikam Batu diserbu kerana dikesan menjual makanan kepada pelanggan beragama Islam yang tidak berpuasa.

Premis tersebut menyediakan perkhidmatan menerima pesanan dan membuat penghantaran terus ke rumah pelanggan muslim yang ponteng puasa.
Seperti biasa, plastik hitam me njadi pilihan mereka untuk melakukan urusniaga tersebut di bulan yang mulia.

Operasi plastik hitam
Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail @ Yusuf berkata, operasi Ops Plastik Hitam telah mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan dalam plastik hitam kepada pelanggan mereka.
Malah dalam video yang dikongsi di TikTok, ketika serbuan dibuat, ada dua orang krew penghantaran mereka sedang bersedia untuk menunggu tugasan masing masing.
@sinarharianonline Peniaga ‘geng plastik hitam’ COD nasi bungkus ke rumah pelanggan Nasi bungkus dihantar terus ke rumah pelanggan antara taktik terbaharu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terhadap kaki ponteng puasa pada Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya. Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata, serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan biarpun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. Muzik: Elevate dari www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan #gengplastikhitam #pontengpuasa #puasa
Modus operandi licik
Dua lelaki lagi turut mengaku menjadi ‘orang tengah’ atau runner yang membantu melicinkan urusniaga geng plastik hitam tersebut dengan menghantar makanan kepada pelanggan dengan kaedah COD.
Ketika serbuan dibuat ada beberapa individu yang merupakan pelanggan telah bertempiaran lari ke dalam belukar di belakang premis.
Yang lain turut melarikan diri dengan kenderaan mereka sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.
5 individu diberikan notis
Hasil serbuan, terdapat 5 individu telah diberi notis mengikut Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014. Ini kerana mereka tidak menghormati bulan Ramadan.
Kesemua mereka diminta untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut ke atas geng plastik hitam ini.
Kompaun dikeluarkan kepada premis tersebut kerana gagal mempamerkan lesen perniagaan serta berniaga sebelum pukul 3 petang pada bulan ramadan.