Pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi mendapat pujian ramai selepas persembahan cemerlang beliau ketika aksi final Piala Malaysia 2024/2025.
Ibrahim diturunkan dalam kesebelasan utama oleh Fandi Ahmad dan pemain berusia 23 tahun itu nyata tidak melepaskan peluang.
Baca Juga:
- Harimau Selatan Mengaum Lagi, JDT Juara Piala Malaysia 2025
- Komen Fandi Ahmad Mengenai Razlan Jofri Ali
- ‘Razlan Jofri Ali Adalah Pengadil Terbaik Di Malaysia’ – Akmal Rizal
Beliau berjaya mengawal bahagian tengah dengan baik seperti mematahkan gerakan serangan lawan selain tidak memberi ruang kepada pemain lawan.
Masa Depan Cerah Menanti Ibrahim Manusi

Selepas perlawanan, Fandi memuji persembahan yang ditampilkan oleh Ibrahim dan berharap pemain itu mengekalkan prestasi.
“Fizikal Ibrahim dan kemahuan beliau amat baik. Kita masih mengasuh dia sebab masih ada beberapa kekurangan. Dia muda lagi dan berpeluang pergi jauh.
“Mudah-mudahan dia menjaga disiplin kerana beliau beraksi dengan amat baik berbanding sebelum ini.
“Dia berjaya menutup dominasi pemain JDT. Dia mempunyai masa depan cerah,” kata Fandi.
Nada sama turut disuarakan oleh ketua pasukan Sri Pahang iaitu Stefano Brundo mengenai Ibrahim.

“Dia (Ibrahim) sangat penting untuk kami. Dia seolah-olah meluahkan kemarahan di atas padang. Dia berlari untuk rakan sepasukan.
“Saya rasa dia mempunyai masa depan yang cerah. Saya harap dia terus meningkatkan permainan dan saya ucapkan selamat maju jaya,” kata Stefano.