Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang. Pasti ramai yang sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung dan memakai busana pakaian raya yang dibeli.

Sementara orang ramai mula merasai kehangatan mahu beraya di kampung halaman masing-masing, ada insan yang kurang bernasib baik terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana mengalami masalah tertentu.

Baca Juga:

Menerusi satu hantaran carousel di TikTok @cikguding, orang ramai dilihat membuat luahan perasaan dan mendedahkan sebab mengapa tidak dapat pulang ke kampung halaman pada hari raya kali ini.

“Tak beli baju raya takpa lagi. Rupanya ramai yang tidak balik beraya tahun ini. Yang tak balik sila hadir.

“Boleh tahu kenapa, mana tahu kita-kita boleh bantu,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respons yang diberikan oleh netizen. Dalam berbagai cerita yang dikongsikan, antara sebab utama mengapa sebahagian individu tidak boleh pulang ke kampung adalah kerana masalah kewangan.

“Tiada duit untuk minyak kereta.. nak naik bas anak kecil pula tidak boleh duduk lama-lama. Nanti meragam, melaung.. bingit telinga orang nanti. Rindunya lah dekat mak kita dekat kampung,” kongsi seorang pengguna.

“Tak der duit…lagipun duit yang ada pun untuk kegunaan lepas raya…,” luah seorang pengguna.

“Duit cukup buat bayar rumah sewa.  Maintainance dah banyak bulan tertunggak. Bil air dan api. Baju raya pakai mana yang ada je,” tulis seorang lagi.

Sementara itu ada seorang wanita juga meluahkan bahawa dia bersama keluarganya tidak dapat pulang beraya di kampung kerana kenderaan mereka baru sahaja ditarik dan kini hanya memiliki sebuah kereta kompak Perodua Kelisa.

Selain yang mengadu perlu berjimat cermat untuk pembelanjaan sekolah dan seumpamanya, ada individu yang meluahkan rasa sedih kerana ahli keluarga mahupun ibu bapa sudah meninggal dunia.

Anda boleh lihat sendiri senario sebenar kesusahan individu lain yang tidak dapat pulang beraya bersama yang tersayang di ruangan komen dengan klik di sini.

Sumber Gambar: TikTok @cikguding
Sumber Gambar: TikTok @cikguding
Sumber Gambar: TikTok @cikguding

Jadi, bersyukurlah jika anda masih diberikan rezeki dari segi kewangan dan juga ahli keluarga tersayang yang masih hidup sehingga ke hari ini.