Pada hari ini ramai menggunakan platform ‘Live’ TikTok sebagai salah satu cara untuk membuat jualan online atau berkongsi hobi yang dibuat bersama-sama penonton.
Bagaimanapun pemilik akaun TikTok ‘Adam Kilat’ yang baru berusia 14 tahun menjadi bualan netizen apabila dia ada membuat provokasi dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada pihak polis untuk menangkap dirinya di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) menerusi Live TikTok.
Baca Juga:
- Berang Nasi Lemak Habis Selepas Beratur Panjang, Pelanggan Bertindak Maki Peniaga Gerai Yang Tular
- Selepas 15 Tahun, Doktor Tampil Akui Beliaulah Pencipta Video Epik ‘Geli Mat’
- ‘Haram Tawarkan Perkhidmatan Teman Raya’ – Mufti Kelantan
Semasa aksi kejar-mengejar berlaku, pelajar tingkatan dua itu berusaha melarikan diri semasa dikejar polis. Manakala rakan yang membonceng di belakangnya terus berkongsikan rakaman live sambil ditonton oleh ribuan pengguna TikTok.
seorang mat rempit yg dikenali "adam kilat" mengeluarkan kata-kata kurang enak dan mencabar polis untuk menangkap dirinya di Lebuhraya BKE menerusi TikTok secara 'live'. Adegan kejar-mengejar berlaku dan akhirnya suspek tewas ditahan malam tadi.. pic.twitter.com/BDVSIf3YDi
— jijiee malaya (@khairulazizi75) April 30, 2023
Sejurus dicekup, anggota polis yang mengejar mereka ambil alih sesi live mereka sambil menyoal siasat kedua-dua mat rempit berkenaan.
Adam Kilat mengaku dia ada membuat provokasi dan mencabar pihak polis secara terbuka semasa berada di lebuh raya BKE. Dia ada meminta Skuad 42 turun untuk menangkapnya.
Ketika disoal siasat, rakan kepada Adam Kilat secara tiba-tiba pula menyatakan dia mahu terkencing.
Netizen melontarkan pelbagai komen terhadap perkara yang berlaku itu. Orang ramai berasa simpati kerana pada umur masih muda seperti itu mensia-siakan masa dengan melakukan aktiviti kurang tidak berfaedah.
Kesian adik ni. Umur muda lagi. Tak boleh fikir panjang. Apapun jadikan.pengajaran ya dik. Kerana mulut badan binasa. https://t.co/3oFmyYBArq
— Suka_Suki (@SukaSuki85) April 30, 2023
Takdak penyakit hang duk pi cari penyakit https://t.co/VVaNSTQghT
— WWAH (@1305wnabhadi) April 30, 2023
Buat content sendiri ❌
Buat content dengan polis ✅ https://t.co/Tgpj0B1Gnt— 𝕮𝖍𝖆𝖓𝖌𝖗𝖊𝖙𝖙𝖆 (@al_aminnnnn) April 30, 2023
Dalam pada itu, netizen turut terhibur apabila anggota polis ‘menyambung semula’ sesi live tersebut untuk membiarkan penonton tahu apa yang terjadi selepas itu.