Salah satu lokasi yang wajib buat pelancong untuk berkunjung sudah semestinya ke Menara Berkembar Kuala Lumpur kerana keunikan seni reka bangunan dan juga pemandangan yang menakjubkan.

Namun, seorang pelancong dari luar negara memuat naik sebuah video yang memperlihatkan sisi ‘gelap’ yang tidak pernah dikongsikan oleh pengguna internet apabila menyebut bandar Kuala Lumpur.

Baca Juga:

“Ini bahagian Kuala Lumpur yang tiada orang tunjuk di internet”, tulisnya pada video yang seolah-olah kecewa kerana mengganggap Kuala Lumpur sebagai bandar Metroplitan tetapi masih wujud bangunan usang di sekitarnya.

Lokasi yang dimaksudkan adalah Kampung Baru yang mana kita sedia maklum setiap bangunan di sana masih terpelihara dengan seni reka bentuk yang ‘old school’ dan mempunyai rumah papan seperti di kawasan kampung.

Mat Saleh itu sepertinya tidak berpuas hati kenapa masih wujud bangunan atau rumah yang tidak selari dengan pembangunan di sekitarnya yang jauh lebih futuristik serta menepati terma bandar yang maju.

Sementara di kapysen video menulis “Bersebelahan dengan bangunan dan pusat membeli-belah mewah yang besar…” yang mana dia merasakan seperti tertipu dengan bayangan yang KL dipenuhi dengan pencakar langit yang megah.

Dalam erti kata lain, dia menggambarkan ia sebagai sebuah tempat setinggan yang biasa ada dikaitkan dengan penduduk yang miskin tegar.

@gauterisa

Right besides the huge luxury buildings and malls… #kualalumpur #malaysia #bukitbintang #twosides

♬ vibey birds of a feather – Jordan Greenwald

Video berdurasi 5 saat itu sudah cukup meraih perhatian netizen tempatan  dan rata-ratanya membalas dakwaan yang Kampung Baru merupakan sisi yang cuba disorokkan di internet dan bukanlah petempatan setinggan seperti yang dibayangkan lelaki Mat Saleh tersebut.

Ramai yang mendedahkan Kampung Baru sebagai hartanah yang paling mahal di Kuala Lumpur dan ia masih terpelihara daripada arus pemodenan dalam mengekalkan identiti asalnya.

Agak lucu apabila dia mendakwa Kampung Baru sesuatu yang cuba disorok walhal sudah ramai pelancong yang sudah datang berkunjung ke situ untuk menikmati persekitaran yang indah di samping menerokai budaya dan warisan tempatan.

Dalam pada itu, netizen juga mendedahkan kehadiran penempatan seperti Kampung Baru sangat penting di dalam sejarah kita kerana ia memaparkan sejauh mana tempat bernama Kuala Lumpur melangkah ke hadapan dengan bermula dari sebuah perkampungan sehinggalah kini sudah dipenuhi pencakar langit dan rumah mewah di sekitarnya.