Negara Malaysia sememangnya kaya dengan khazanah alam termasuklah mempunyai sejumlah pulau yang indah seperti Pulau Tioman yang sentiasa dipenuhi pelancong pada saban tahun.

Pencipta konten bernama @gomalaysia telah menemu ramah seorang pelancong dari luar negara untuk mengetahui pendapatnya berkaitan pulau-pulau di Malaysia.

Lelaki dari Scotland itu mendakwa pulau-pulau di Malaysia lebih bagus dari pulau terkenal iaitu Maldives.

“Sangat hebat jika awak mahu teroka berkaitan pulau, di sinilah sudah semestinya tempat yang patut didatangi”, katanya lagi.

Malah, perkara ini diberitahu oleh ibu bapanya yang pernah pergi ke Maldives turut berpendapat pulau Tioman jauh lebih cantik.

Bagi lelaki itu sendiri, dia meletakkan Pulau Cherating paling teratas sebagai pulau tercantik di dalam senarainya dan diikuti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman.

Hal ini mungkin kerana Pulau Tioman cukup terkenal dengan keindahan alamnya yang menakjubkan, menawarkan kombinasi yang sempurna merangkumi persekitaran pantai yang bersih, air laut yang jernih, dan pemandangan matahari terbenam yang memukau.

@gomalaysia

Do you agree with my friend Lewis from Scotland? #ExpatLife #Malaysia #Dilanda #Tioman #Maldives #Perhentian #VisitMalaysia #TropicalParadise #IslandLife #SoutheastAsia #BeachVacation #DivingSpots #Snorkeling #IslandHopping #MalaysianIslands #TravelMalaysia #NatureRetreats #ExoticDestinations #EcoTourism #backpackingmalaysia

♬ original sound – Go Malaysia!

Menjengah ke ruangan komentar, rata-ratanya netizen tempatan meluahkan rasa bangga kerana keindahan pulau-pulau di Malayisa mula dikenali oleh pecinta alam sekitar dari luar negara.

Malah, ramai turut bersetuju dengan kenyataan pulau tersebut tersangat indah kerana bukan sahaja mempunyai hutan yang menghijau malahan mempunyai pelbagai kehidupan laut yang cantik.

Dalam masa sama, ada yang menyarankan dia untuk menerokai pulau di Borneo untuk merasai pengalaman yang berlainan pula.