Setelah lama mengekalkan rekaan yang sama pada laman web Maybank2u, syarikat perbankan ini kini dalam usaha untuk menawarkan sesuatu yang lebih fresh buat para pengguna.

Menerusi antaramuka terbaru ini, pengguna dapat melihat susunan dan rekaan yang lebih moden pada laman web perbankan ini. Selain itu, Maybank masih lagi menawarkan rekaan yang lama buat para pengguna yang lebih selesa dengan rekaan sedia ada.

Screen Shot 2018-07-05 at 5.34.58 PM

Pemberitahuan ini diumumkan Maybank dengan lebih awal bagi mengelakkan daripada salahfaham pengguna. Selepas ini sekiranya anda melihat antaramuka baru bagi Maybank2u, jangan terkejut kerana ini merupakan pembaharuan terbaru daripada Maybank.

Sumber