Pada tarikh 7.7 yang lalu pasti ramai orang yang sibuk ‘add to cart’ dan ‘checkout’ pada aplikasi membeli-belah online untuk merebut tawaran harga diskaun khas pada tarikh tersebut.

Namun, lain pula terjadi kepada pemandu McLaren 720S ini apabila dia terlibat dalam satu kemalangan sehingga kereta yang dipandunya ‘terbang’ merempuh pembahagi jalan di East Coast Parkway (ECP), Singapura.

Di dalam rakaman video dashcam yang tular baru-baru ini, kelihatan sebuah supercar model McLaren 720S meluncur laju dari laluan kiri ke laluan kanan jalan seperti pemandu tersebut gagal mengawal kenderaannya.

Setelah itu, itu kereta yang berharga sekitar RM1.3 juta tersebut terbabas melanggar pembahagi jalan dan dapat dilihat supercar tersebut ‘terbang’ terpelanting disebabkan kelajuannya.

Menurut laporan portal The Independent SG, pihak polis tempatan telah dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut yang berlaku di di ECP menuju ke Changi pada pukul 7.09 pagi.

vocket-mclaren-720s-kemalangan-total-lost-4
Sumber Gambar: Facebook Road.SG
vocket-mclaren-720s-kemalangan-total-lost-3
Sumber Gambar: Facebook Road.SG
vocket-mclaren-720s-kemalangan-total-lost-5
Sumber Gambar: Facebook Road.SG
vocket-mclaren-720s-kemalangan-total-lost-6
Sumber Gambar: Group Telegram

Singapore Civil Defence Force (SCDF) telah membawa mangsa yang masih dalam keadaan sedar ketika itu menuju ke Raffles Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak polis tempatan masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan perkara sebenar bagaimana pemandu tersebut boleh hilang kawalan lalu terbabas dan tersangkut di pembahagi jalan seperti yang dirakamkan pada rakaman dashcam kereta Mini Cooper yang turut berada semasa kejadian.

vocket-mclaren-720s-kemalangan-total-lost-7
Sumber Gambar: IG Story Sgcar
vocket-mclaren-720s-kemalangan-total-lost-8-1
Sumber Gambar: The Vocket

Pihak The Vocket turut difahamkan beberapa hari selepas kemalangan McLaren 720S tersebut, ada sebuah lagi supercar model Ferrari 812 Superfast terlibat kemalangan di lokasi yang sama.

Pada tahun lalu, sebuah McLaren 720S hancur teruk pada bahagian hadapan setelah terbabas di lebuh raya MEX.

Kemalangan Paling Mahal Melibatkan McLaren 720s Yang Berharga RM1.49 Juta Di Lebuh Raya MEX

Pelanggan Terkejut ‘Abang GrabFood’ Hantar Makanan Naik McLaren 720S

Sumber