Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita telefon bimbit dan kad sim milik usahawan, Datuk Aliff Syukri yang memuat naik video lagu hari raya.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata peralatan komunikasi terbabit dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” katanya dalam sidang media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, semalam.

Tambah beliau, walaupun video itu difahamkan sudah dipadam tetapi beliau meminta MCMC untuk meneliti perkara ini.

Terdahulu, warganet meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan usahawan memuat naik video klip lagu raya bertajuk ‘Love Raya’.

Ibunya sendiri, Rozita Ibrahim, turut mengakui rasa malu dan kecewa terhadap video lagu raya yang dilancarkan oleh anaknya tersebut.

Usahawan itu juga berasa kecil hati kerana tidak mendapat sokongan orang ramai.

“Memang saya kecil hati. Saya dah buat susah-susah, saya dah puluhan ribu ribu untuk penari, videographer semua,”

“Memang kecil hati, saya dah buat susah-susah dah bayar puluhan ribu tapi you all yang tak tengok video klip tu dah kecam melampau-lampau.

“Tak nak bersedih, saya salahkan diri saya. Saya dah delete video itu, walhal ramai yang buat video pelik-pelik di luar sana tapi tak jadi isu,” luahnya.

Bagaimanapun dalam satu hantaran Instagram dimuat naiknya, Aliff Syukri menyatakan video tersebut cumalah April Fool sahaja.

Beliau meminta maaf kepada semua netizen dan isterinya yang geram kerana usikan April Fool beliau.

“Maaf semua, saya hanya menyakat korang saja lah. Janganlah serius sangat. Hidup ini kena ceria sahaja,” tutup beliau.

Pada masa sama, Aliff Syukri meminta peminatnya yang terkena dengan prank tersebut untuk meninggalkan komen di video Instagram yang dimuat naiknya itu.

Sumber