Tindakan seorang peniaga donat yang menggunakan teknik pemasaran double meaning dikecam netizen.
Malah ada yang meminta MCMC menyekat akaun peniaga tersebut kerana kontennya dianggap mampu memberikan impak negatif.
Ramai menyatakan peniaga tersebut memang tidak ada rasa malu berkelakuan sebegitu di hadapan makanan.
Netizen menganggap peniaga tersebut tiada adab dan tidak menghormati makanan.
Selain membuat beberapa gaya yang dianggap double meaning, peniaga tersebut turut membuat gaya seperti orang tengah tercirit ketika mempromosi makanan yang dijualnya itu.
@halalfoodie Donut Susu Berayaq Donut Susu Berayaq 📍Ayamas Food Corporation, Taman Nirwana, 14000 Bukit Mertajam, Penang ⏰ 1pm – Habis (Tutup: Isnin) ☎️ 0102495049 #foodie #halalfoodie #makanlokal #penangfoodie
Seorang pendidik pula menzahirkan kebimbangannya ke atas trend promosi peniaga tersebut yang boleh mempengaruhi kanak kanak sekolah.
Hal ini kerana video peniaga tersebut viral di platform media sosial. Di mana kanak kanak mudah terpengaruh dengan konten yang pelik seperti ini.
@wanzz.official2 [REPOST] Berayaq berayaq apa dia woi ? #donutberayaq #donutberayaqviral #fyp #fypage
Dalam satu lagi video peniaga yang sama membuat aksi seolah olah sedang berhubungan intim dengan anak patung beruang.
Faiz Fayeshz mengecam tindakan peniaga tersebut dengan meminta netizen untuk membuat aduan beramai ramai untuk tindakan daripada pihak berkuasa.
Ini kerana kelakuan tersebut jelas dilihat berunsur kelucahan.
Dan video itu mendapat perhatian MCMC. Di mana MCMC berjanji akan membuat penelitian lanjut ke atas video tersebut.
Pihak MCMC ambil maklum dan akan melaksanakan penelitian lanjut.
Dalam masa sama, Tuan juga boleh salurkan aduan rasmi melalui https://t.co/bSyVtupCyV bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan.
Terima kasih atas keprihatinan Tuan. ^
— MCMC (@MCMC_RASMI) November 10, 2024
Netizen turut pelik dengan ramai juga pengikut peniaga tersebut yang menyokong tindakannya dan membeli produknya. Walaupun dia menggunakkan teknik pemasaran yang jelas tidak ada etika dan tidak beradab.