Media Indonesia menganggap calon pemain warisan Malaysia tidak setaraf dengan pemain yang dimiliki oleh skuad Garuda ketika ini.
Nama Anuar Ceesay sedang menjadi perbualan dimana pemain yang dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia itu sedang berada dalam negara ketika ini.
Baca Juga:
- Gabriel Palmero Anggap Pengalaman Terbaik Sertai Malaysia
- ‘7 Lagi Pemain Warisan Akan Bantu Pasukan Negara’ – Tunku Mahkota Ismail
- Rob Friend – ‘Pemain Warisan Bukan ‘Solution’, Tetapi Strategi
Anuar ketika kini beraksi di England bersama Leatherlead FC bagi saingan Non League Division One yang mana merupakan saingan divisyen ke-8 dalam piramid bola sepak England.
Calon Pemain Warisan Malaysia Tidak Setaraf Indonesia
Ketibaan Anuar di Malaysia mendapat liputan dari media Indonesia dan mereka membandingkan status pemain itu dengan pemain warisan yang mereka ada.

“Disebabkan statusnya sebagai pemain amatur di England, tidak banyak maklumat mengenai statistik Anuar ketika beraksi di sana.
“Anuar sendiri kali terakhir muncul untuk Leatherhead FC pada Mac, apabila pasukannya tewas kepada Uxbridge FC dengan jaringan tipis 0-1.
“Bagaimanapun, statusnya sebagai pemain dalam liga amatur di England membuktikan dia masih jauh ketinggalan daripada pemain lain yang berketurunan pasukan kebangsaan Indonesia.
“Sebabnya, pasukan kebangsaan Indonesia lebih mengutamakan pemain naturalisasi yang berada di peringkat teratas dan bermain di saingan teratas Eropah,” tulis media tersebut.

Dalam masa yang sama, media tersebut menyatakan bahawa Malaysia bagaikan meniru mereka dalam memperkuatkan skuad kebangsaan dengan memanggil pemain yang mempunyai keturunan.
Skuad kebangsaan Indonesia dibarisi oleh separuh pemain warisan yang mana kebanayakan dari mereka mempunyai keturunan dari Belanda dimana selebihnya dari England dan Itali.
Meskipun sering mendapat kritikan dari jurulatih luar negara mengenai lambakan pemain diaspora dalam pasukan mereka, Indonesia kekal dengan pendirian mengenai pemain kacukan.
Skuad senior Garuda sedang dalam usaha untuk layak ke Piala Dunia 2026 manakala skuad B-17 tahun negara itu sudah mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia B-17 Tahun.