Setahun berlalu, akhirnya Media Prima Bhd berjaya mencatatkan keuntungan daripada kerugian bersih RM24.16 juta genap setahun lalu kepada keuntungan bersih RM12.43 juta pada suku ketiga tahun ini.

Mengulas mengenai langkah yang diambil Media Prima Bhd pada kali ini, difahamkan peningkatan keuntungan serta pengurangan kos operasi antara yang membantu syarikat ini mencatat keuntungan sehingga lapan angka. Selain itu, populariti WOWSHOP yang mencatat tontonan yang lebih tinggi sepanjang tahun ini antara yang turut membantu Media Prima mencatat keuntugan yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, syarikat ini juga turut berjaya mengurangkan kerugian bersih daripada RM73.4 juta kepada RM37.22 juta setakat 9 bulan pertama tahun ini berakhir pada 30 September 2020.

Berdasarkan harga saham semasa, Media Prima Bhd didagangkan dengan nilai 18 sen pada hari ini iaitu peningkatan sebanyak 1 sen atau 5.88%. Tahniah diucapkan buat Media Prima Bhd atas hasil usaha dalam mencatat keuntungan daripada kerugian tahun lalu.

Tular pada minggu lalu apabila KWSP dilaporkan membeli 13.2 juta saham Top Glove dalam usaha untuk meningkatkan dividen para pencarum.

KWSP Beli 13.2 Juta Saham Top Glove

Strategi Pemasaran, Bagaimana Joe Biden Gunakan ‘Facebook Ads’ Untuk Tewaskan Donald Trump?

Sumber