Kemenangan Malaysia ke atas Korea Selatan mungkin disanjung tinggi oleh sesetengah pihak, namun bagi media Singapura ini, mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang biasa.

Melalui perkongsian Mothership.SG di laman TikTok, laman berita asal Singapura itu memuat naik sebuah video di laman TikTok mereka dengan kapsyen yang memerli mata wang Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami mengulanginya 3.5 kali lagi tetapi anda semua faham intinya,” katanya yang memerli Malaysia dengan membezakan mata wang Dolar Singapura yang kini lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia.

Video itu bagaimanapun kurang mendapat sambutan yang baik daripada warga Malaysia dan juga Singapura yang kebanyakannya mengkritik media tersebut.