Friendster salah satu media sosial yang paling popular pada awal 2000-an kini dilaporkan akan kembali.

Halaman rasmi Friendster kini boleh diakses di https://friendster.com/. Setelah dibuka, halaman utama itu menunjukkan latar belakang putih dengan pelbagai foto wajah orang.

“ERA BARU JARINGAN PERIBADI,” kata Friendster di halaman utama.

Laman web ini juga menampilkan teks “Bringing It Back to People.

Friendster kini kembali wajah baharu dan lebih remaja dengan sentuhan kontemporari.

Friendster merupakan media sosial yang dahulunya dikenali oleh masyarakat Malaysia.

Media sosial ini dicipta oleh seorang lelaki dari Kanada bernama Jonathan Abrams pada tahun 2002.

Nama Friendster diambil daripada dua perkataan, “Friend” dan “Napster”.