Semenjak pihak polis mengeluarkan amaran akan mendenda mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan ‘ekzos perang’ atau ekzos berbunyi bising, boleh dikatakan di mana-mana jalan raya ada saja roadblock untuk melakukan pemeriksaan.

Semalam 10 orang individu yang berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan telah diminta untuk membawa ekzos asal ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Selangor untuk mengubah semula sistem ekzos motosikal mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu menahan 12 buah motosikal dalam Operasi Ubah Suai Ekzos di sekitar daerah ini bermula pukul 5 petang hingga 8 malam kelmarin yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) IPD ini.

Daripada 12 buah motosikal di tahan, sepuluh buah motosikal didapati bersalah kerana gagal melepasi ujian paras bunyi yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

“Rata-rata jenis motosikal yang melakukan kesalahan itu adalah jenis Yamaha Y150 dan LC 135 dengan siasatan mereka melakukan pengubahsuaian demi kepuasaan diri sendiri.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20an sanggup menghabiskan sehingga RM7,000 untuk ‘melaram’ dengan motosikal idamannya,” katanya.

Kesemua individu telah dikenakan saman minimun RM300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos manakala 17 keping saman Pol 257 terhadap pelbagai kesalahan.

Tambah Ramli lagi, kompaun RM300 juga dikenakan oleh pihak JAS kepada 10 individu tersebut mengikut Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

“Polis juga mengeluarkan 29 keping saman atas kesalahan lain termasuk berhubung nombor pendaftaran iaitu kecil dan fancy, tiada lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan serta cermin sisi selain tidak mempamerkan tanda pengenalan ‘L’ dan ‘P’.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut menyertai operasi itu mengeluarkan 32 notis arahan periksa,” katanya.

Asalnya cuma kena denda sebab memakai ‘ekzos perang’, tidak semena-mena mereka dapat saman-saman yang lain kerana tidak mengikuti peraturan-peraturan jalan raya.

Pada akhir bulan lalu, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mana-mana pemilik yang menggunakan ‘ekzos perang’ boleh dikenakan denda ataupun penjara.

Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Didenda Atau Penjara Enam Bulan

Kerap ‘Test Power’ Ekzos, Jiran Tembak Myvi Guna Pistol Angin Buatan Sendiri

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah

Sumber