Sempena tayangan filem Venom The Last Dance pada 24 Oktober ini, seorang artis profesional tempatan, Arif Rafhan telah menghasilkan rekaan ‘Venom Batik’.

Menerusi satu hantaran Facebook, Sony Pictures menyatakan lukisan tersebut dibuat dengan sempurna.

Baca Juga:

“Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi Batik yang menakjubkan ini.

“Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna,” kata Sony Pictures.

Tambah Sony Pictures lagi, gabungan keanggunan batik (Malaysia) dengan keganasan Venom telah mencipta satu bentuk seni luar biasa lain daripada yang lain.

Selain dua rekaan gambar ‘Venom Batik’, Sony Pictures turut memuat naik satu video yang memaparkan visual Venom bersama Eddie Brock yang dilakonkan oleh Tom Hardy.

Tahniah diucapkan kepada Arif Rafhan kerana mengangkat seni batik negara ke peringkat antarabangsa.