Sudah menjadi keutamaan dan kebiasaan para pemandu tidak sewenang-wenangnya membuka pintu kereta sewaktu berada atas jalan raya. Meskipun keperluan mendesak, haruslah pemandu tersebut membuka pintu pada laluan yang selamat serta bebas daripada pengguna jalan raya yang lain.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah perkongsian Kok Ling Wai yang dikongsikan Twitter @My_CrimeWatch yang memperlihatkan sebuah Proton Iriz dengan penuh selamba membuka pintu kereta sewaktu berada di laluan tengah jalan raya.
Baca Juga:
- Lima Penunggang ‘Superbike’ Kemalangan Di Lebuhraya Karak, Aliran Trafik Perlahan Lebih 8 Kilometer
- ‘Loya Tekak Nampak Ulat’ – Wanita Ini Kecewa Dengan Kebersihan Restoran Sushi King
Lebih mengejutkan, pemandu tersebut turut membuka pintu kereta tanpa melihat cermin pandang belakang terlebih dahulu sehingga menyebabkan sebuah motosikal yang dipercayai rider makanan melanggar pintu kereta tersebut.
https://twitter.com/my_crimewatch/status/1607702552635899906?s=46&t=3xdmFYtPi7SYfbhQTIdY1Q
Tindakan tidak masul akal pemandu Proton Iriz ini sekaligus telah mendapat perhatian netizen yang kurang senang dengan apa yang dilakukan. Malah, ramai yang mempersoalkan tujuan membuka pintu tanpa di tengah jalan raya tersebut.
Ini jalan awam.
Ada ramai pngguna & plbagai jenis knderaan.
Anda org dewasa.
Ada otak, boleh guna utk fikir.
1 tndkan gila, org trcedera jatuh moto,
lori kena langgar, trafik jam,
semua org susah.
Sila timbng rasa ktk gunakn jalan raya.
Kalau tak boleh, duduk rumah tonton tv je. https://t.co/Sm4hoyVR3r— echo (@wfr3104) December 27, 2022
Kenapa dia bukak pintu tengah jalan eh ? And kenapa dia macam tak kisah kat rider tu ? Dia lebih kisahkan pintu dia tak boleh tutup tu. https://t.co/73pFKT399a
— Uchiha Itafiz (@HafizAriffin) December 27, 2022
Kes mcm ni paling aku geram. Kes cmni lah punca jari aku terbelah kena jahit bulan 5 haritu. Cam shite https://t.co/OpTH64SW3q
— Ashrafhuzairi (@ashrafhuzairi) December 27, 2022
Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja menyalahi undang-undang jalan raya, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.