Sejak dua dekad terakhir ini, dapat dilihat rekaan rumah semakin mirip antara satu sama lain mengikut jenis rumah. Hal ini sekaligus membuatkan rekaan rumah tradisional yang mempunyai konsep serta falsafah yang tersendiri semakin berkurang.
Terbaharu, siapa sangka rumah tradisional dengan reka bentuk Anglo Malay masih lagi boleh dimiliki di Kuala Kangsar menerusi perkongsian Twitter @nmraziz.
Baca Juga:
- Berpontesi Jadi Mangsa ‘Scam’, Ini Nasihat Peguam Hartanah Buat Pembeli Tanah Lot Tanpa Geran Individu
- Bukan Sebab Rebut Harta, Bekas Peguam Ini Jelas Punca Mahkamah Arah Sita Rumah Arwah Ibu Ali Puteh
Sebuah rumah di Kuala Kangsar
Reka bentuk Anglo Malay
Rumah milik Tok Muda Hj Meor Shamsuddin
sayang rumah ini hendak di jual ada gambar di bawah 👇 pic.twitter.com/EREyHrRYuZ— Shamaziz (@nmraziz) March 21, 2023
Menerusi perkongsian, rumah ini merupakan milik Tok Muda Hj Meor Shamsuddin yang merupakan Tok Muda Orang Kaya-kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda.
Rumah yang penuh dengan nostalgia ini turut dipaparkan nombor telefon khusus buat orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kediaman ini.
Gambar oleh Pak Toyyib Changkat Chermin pic.twitter.com/7tJxjO70Dl
— Shamaziz (@nmraziz) March 21, 2023
Perkongsian ringkas yang dibuat oleh lelaki ini telah mendapat perhatian para netizen yang meluahkan rasa minat untuk mendapatkannya sekiranya mempunyai wang yang cukup. Berikut merupakan respon netizen terhadap penjualan rumah ini.
Ada rezeki lebih beli dah ni 🥲 https://t.co/jqpI6AMV4Z
— Hakuna Matata🦁 (@amalhisyams) March 22, 2023
my dream ❤️ https://t.co/jKs4CCoBWq
— amaddino (@callmedolloh) March 22, 2023
https://twitter.com/_akmalNA/status/1638407936904155138
Arwah meninggal pada 23 Jan, 2014 rmh ni tiada penghuninya ..nak dijual sebab terlalu byk penama
— Shamaziz (@nmraziz) March 21, 2023
Difahamkan rumah ini sedia untuk dijual berikutan terdapat terlalu banyak penama manakala pemilik asal rumah ini sudah meninggal dunia pada tahun 2014. Berdasarkan semakan, tiada sebarang tanda harga dikongsikan secara umum buat hartanah ini.