Pasti ramai yang sudah sabar menantikan filem biografi kumpulan rock legenda Queen, Bohemian Rhapsody yang akan ditayangkan di pawagam 8 November 2018.

Pelakon Rami Malek menggalas tugas sebagai Freddie Mercury. Filem ini adalah di bawah arahan pengarah Bryan Singer (Superman Return, X-Men) yang menjadikan filem Bohemian Rhapsody ini lebih hebat.

Bohemian Rhapsody akan mengambil tempat pada tahun 1970an tentang bagaimana Freddie Mercury membentuk kumpulan legenda Queen bersama rakannya yang lain iaitu Brian May, Roger Taylor dan John Deacon. Karier mereka semakin baik sehinggalah Freddie Mercury diserang penyakit yang membuatkan hubungan beliau dengan kumpulan Queen goyah.

Menangi 2 keping tiket ke Tayangan Perdana ‘Bohemian Rhapsody’
Tarikh: 30 October 2018 (Selasa)
Lokasi: GSC 1 Utama
Masa: 9.00 malam

1. Ikuti laman 20th Century Fox Malaysia dan share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #BohemianRhapsodyMY dan #VocketPremiere pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua tiket ke tayangan filem ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 October 2018 2.00 petang (Isnin). Pemenang akan dihubungi pada 29 October 2018 4.00 petang (Isnin).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Semoga berjaya!