Siapa yang tidak kenal penyanyi Agnes Monica dari Indonesia ini? Jika dahulu dikenali sebagai Agnes Monica kini beliau dikenali sebagai Agnez Mo.

Lagu-lagu yang ditampilkan sering dimainkan di corong-corong radio satu ketika dahulu. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila tular video temubual Agnez ketika mempromosikan lagu terbaharunya iaitu Diamonds.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/permadiaktivis/status/1199115758581637120

Akan tetapi, kenyataan Agnez mengundang kemarahan rakyat Indonesia. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Agnez mengaku dirinya berketurunan Jepun, Jerman dan Cina.

Rata-rata rakyat Indonesia berasa kecewa dengan tindakan Agnez dan mengecam beliau. Malah, ada yang mengatakan bahawa Agnez mengkhianati dan tidak menghormati Indonesia.

https://twitter.com/cc_loislane/status/1199312658157076486

https://twitter.com/NoJoko54/status/1199396190468612096

Lantaran itu, Agnez tampil membuat kenyataan balas dengan mengatakan bahawa video yang tular tidak penuh. Malah, beliau tekankan dalam temubual tersebut bahawa walaupun beliau golongan minoriti di Indonesia, tetapi beliau belajar banyak perkara.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa walaupun beliau tidak berdarah Indonesia tetapi beliau sentiasa sayang Indonesia dan akan mempertahankan negaranya.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Bercakap tentang Indonesia, tahukah anda bahawa anda boleh dapat syiling emas percuma jika ke Kepulauan Raja Ampat.

Pelancong Berpeluang Dapat Syiling Emas ‘Percuma’ Di Kepulauan Raja Ampat, Indonesia

Perlekeh Pekerjaan Bancuh Simen, Ini Pendapatan Sebenar Pekerja Indonesia Setiap Hari

Peminat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Kebangsaan Miss Grand Malaysia 2019