Pada bulan Ramadan kali ini, boleh dilihat sejumlah anak muda malahan keluarga mengerumuni masjid untuk berbuka puasa bersama komuniti yang lain.
Di salah satu video yang dimuat naik menerusi platform TikTok baru-baru ini, seorang pengguna bernama Saadah Ibrahim memperlihatkan suasana iftar di sebuah masjid terkenal di Sri Sendayan, Seremban.
Kelihatan keseluruhan ruangan masjid telah dipenuhi oleh pengunjung sehinggalah di kaki tangan sambil menunggu waktu berbuka untuk menjamah juadah yang dibawa.
Di dalam teks yang diletakkan di dalam video, dia mendedahkan inilah apa yang terjadi trend iftar dekat masjid terkenal mula diikuti oleh orang ramai.
Kita pun sedia maklum gabungan reka bentuknya yang indah dan estetik yang diinspirasikan daripada pelbagai gaya seni bina Islam, termasuk dari Empayar Uthmaniyyah, Maghribi, dan Timur Tengah.
Boleh dikatakan inilah syurga buat peminat fotografi untuk merakam momen indah bersama tersayang dengan berlatar belakangan masjid yang serba ‘Instagrammable’ ini.
Dimaklumkan ruangan khemah sebanyak 10 buah untuk menjamu selera turut telah dipenuhi oleh pengunjung dan sebab itulah ada yang sanggup duduk berselerakkan di sekitar itu.
@i.saadah 🎧
Bagaimanapun, fenomena ini telah mengundang pelbagai reaksi di dalam kalangan netizen.
Ada yang menyoal niat sebenar mereka sama ada datang sekadar untuk berbuka dan memuat naik di media sosial atau benar-benar mahu menghayati fadhilat berbuka dan melakukan ibadah beramai-ramai seperti yang diajar di dalam agama.
Hal ini kerana boleh dilihat di media sosial yang mana orang ramai hanya berkunjung ke masjid terkenal sahaja.
Dalam pada itu, ramai juga berpendapat jika kalau ada baiknya mereka pergi berbuka puasa di masjid yang berdekatan kediaman yang mana lebih afhdal kerana boleh bersua muka dan merapatkan silaturahim dengan kariah setempat.
Ramai percaya masjid di rumah masing-masing pasti kosong kerana tidak ramai orang yang datang apatah lagi apabila menjadi trend pula berbuka mesti di masjid terkenal atau cantik sahaja.
Malah, ada yang berkongsi mereka perlu mengambil masa yang lama hanya untuk melepasi kawasan kerana trafik terlalu sesak oleh ribuan pengunjung pada ketika itu.