Faiz Edzahar telah pergi selamanya pada 24 Januari 2025 yang lalu. Mungkin bagi pembaca kami di The Vocket, nama arwah bukannya nama yang anda semua kenali.

MP

Namun dialah antara orang kuat yang mendirikan portal The Vocket dan beberapa portal lagi yang mungkin menjadi ‘sabahat’ dan ‘peneman’ anda selama ini.

Perginya Faiz Edzahar

Pemergian Faiz Edzahar ternyata dirasai oleh semua yang mengenalinya. Dan berikut antara hantaran yang dibuat oleh rakan rakan dan kenalan Faiz Edzahar untuk mengenang beliau.

Rakan seperjuangannya yang bersama-sama mendirikan Vocket, Mohd Fazreen Jasni berkata:

“Jika saya menulis tentang Faiz Edzahar, ia boleh menjadi naskah yang paling menginspirasikan.

“Ada dua kejadian yang bagi saya manis tentang Paeh dan Subuh berjemaah.

“Pertamanya, Paeh pernah drive keluar dari hutan sebelum subuh pergi cari surau/masjid untuk subuh.

“Masa tu kali pertama Paeh nak bercamping dengan keluarganya dan dia ajak saya teman dan guide.

“Saya bangun subuh terkejut tengok dia dan kereta tak ada. Orang biasa tak buat benda macam ni, bangun awal pagi, drive off road dalam gelap pergi town yang ambil masa lebih kurang sejam.

“Kedua, Paeh pernah sampai surau lagi awal dari bilal dan imam. Sampai kena ketuk pintu rumah bilal la kejutkan sebab member terlajak tidur sedangkan subuh sudah masuk.

“Legenda dengan cara dia tersendiri.”

Faiz Edzahar

Kisah Faiz Edzahar dan Solat Subuh ini memang antara kisah yang sudah sinonim dengan dirinya. Arwah pernah berkongsi kisah bagaimana dia secara konsisten menunaikan solat subuh ini tanpa gagal dalam 2 tahun.

FE

fe

FE

Anda boleh baca perkongsian penuh arwah di pautan ini: Bagaimana Allah bagi izin kepadaku boleh commit Subuh berjemaah tanpa miss selama 2 tahun.

Arwah juga sangat ringan tulang membantu rakan rakannya yang lain. Terutama sekali yang memerlukan kepakarannya dalam pengendalian dan pengurusan laman web.

Ramai lagi yang tampil berkongsi bagaimana arwah sentiasa terbuka membantu mereka yang memerlukan. Termasuk mereka yang mahu mengembangkan lagi karier dan perniagaan.

Ada sahaja cara dia buat untuk membantu rakan rakannya atau penulis yang di bawah jagaannya ketika hayatnya. Membuatkan arwah sangat disenangi dan mudah didekati.

AR

Semasa hayatnya juga, Faiz Edzahar juga membina beberapa aset digital yang boleh menjadi ladang pahala untuknya.

Dan bagi aku sendiri, penulis yang anda semua kenali sebagai Axello, hilang sebelah sayapku ketika menerima berita Faiz Edzahar meninggal dunia.

Dia adalah kawan, ‘bos’, keluarga aku di sini. Tanpa dia, tak mungkin aku boleh menjadi penulis yang boleh menyara keluarga seperti hari ini.

Axello Faiz Edzahar

Damailah kau di sana sahabat. Ramai orang yang sayangkan kamu. Tak henti henti berkongsi kebaikan kamu.