Setiap kali bulan Ramadan kembali, pasti ada orang mengambil peluang untuk berniaga di bazar ramadan untuk menambah pendapatan sebelum tiba bulan Syawal.
Bagaimanapun bukan semua orang ‘dilahirkan’ untuk menjadi peniaga, apatah lagi sebagai tukang masak.
Baca Juga:
- Ekoran Harga Semakin Mahal, Orang Ramai Mahu ‘Boikot’ Bazar Ramadan Pada Tahun Ini?
- Wanita Mengandung Ini Dituduh Ambil Kesempatan Nak Popia Percuma
- ‘Konten Ke Ini?’ – Netizen Persoal Peniaga Buang Sebalang Air Coklat Ke Sungai
Baru-baru ini seorang TikToker, hilang sebatang gigi selepas memakan popia yang dibeli dipercayai di bazar ramadan.
Menerusi video dikongsikan TikTok @ejueju.okodoko beliau ada membeli empat biji popia goreng berharga RM8 sebekas. Bagaimanapun dia tidak dapat memakannya kerana terlalu keras untuk digigit.
@ejueju.okodoko
Lebih memburukkan keadaan lagi, sebatang gigi geraham TikToker itu tercabut selepas menggigit popia keras tersebut.
Untuk membuktikan popia yang dibelinya benar-benar keras, beliau merakam cubaan menggigit makanan tersebut. Bagaimanapun nampak kepayahan yang dihadapi beliau — kulit popia itu sangat liat dan keras.
Pada masa sama dia meletakkan sebiji popia di dalam lesung batu dan menumbuknya sampai hancur.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai menyatakan itu bukan lagi popia goreng ranggup. Sebaliknya ia adalah ‘popia tumbuk’.



Ada netizen menyatakan ini bukan kali pertama orang ‘hilang’ gigi selepas makan popia kerana sebelum ini ibunya turut menghadapi masalah sama apabila makan popia.
Orang ramai turut meminta agar para peniaga untuk memastikan makanan dan minuman mereka berkualiti sebelum dijual kepada para pelanggan.
Ini kerana sudah banyak kes-kes lain seperti makanan dan minuman sudah ‘basi’ tetap dijual untuk kaut keuntungan, tanpa mengambil kira kesan buruk kesihatan pelanggan.
“Bukan masak untuk bagi pelanggan kenyang, sebaliknya aniaya orang dapat sakit pula,”
“Jika tidak tahu memasak, usahlah berebut meniaga di tapak bazar ramadan,” ujar netizen.