Biasalah sudah menjejaki ke alam universiti, para penuntut akan diberi pelbagai tugasan dalam mengetahui pemahaman pelajaran yang diajar selama ini.
Namun, ada sesetengah penuntut memilih untuk mengambil jalan mudah dengan mengupah individu lain dalam menyelesaikam tugasan yang diberikan.
Baru-baru ini, seorang pengguna membangkitkan perkara itu selepas mendapati wujudnya iklan yang mempromosikan tawaran servis menyiapkan tugasan-tugasan subjek di universiti.
Iklan terbabit dengan selambanya disiarkan secara meluas di sejumlah media sosial untuk mencari pelanggan di kalangan penuntut yang malas menyiapkan tugasan dengan caj tertentu.
Pengguna X yang berkongsi perkara itu langsung meluahkan rasa marah dengan tawaran servis menyiapkan tugasan universiti kerana risau generasi anak muda yang bakal menerajui negara tidak berilmu seperti yang diharapkan.
Giler ada org serius business servis buat assignment. Siap buat ads tuh. Good luck masa depan Malaysia. pic.twitter.com/KlD90VycX7
— Asyraaf | Your Web Designer (@asy_raaf) October 17, 2024
Ciapan lelaki itu ternyata menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya menyelar individu yang menawarkan servis menyiapkan tugasan kepada penuntut institusi tinggi yang dilabel menjadi perosak generasi anak muda kelak.


Ada netizen yang mendedahkan servis sedemikian sedia ditawarkan pada sejumlah laman web seperti Carousell atau Shopee dengan harga serendah RM50 dan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung tahap kesusahannya.