Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini untuk menyerahkan notis kesalahan dan diberikan kompaun.

Kompaun itu dikeluarkan selepas tular sekeping gambar menteri tersebut merokok di kedai makan.

Baca Juga:

Perkara itu dimaklumkan menerusi X.com @DrDzul. Menurutnya, pejabat Menteri Luar telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Jujurnya, YBM DS Muhammad Hassan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” jelas Dr Dzul.

Terdahulu tular satu gambar menunjukkan Menteri Luar duduk semeja dengan orang awam sambil  merokok.

Pada 1 Oktober lalu terdapat 28 tempat di Malaysia telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Sumber