Mesut Ozil masuk politik dan dilaporkan sertai Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP). Ia langkah diambil Ozil yang memutuskan untuk terjun ke kancah politik selepas bersara daripada bola sepak.

Ozil mengumumkan persaraan penuhnya pada tahun lalu. Kini sedia menceburi bidang baharu dalam hidupnya.

Pengaruh Erdogan

Pengaruh Recep Tayyip Erdogan sangat kuat dalam diri Ozil untuk terlibat politik.

erdogan
Erdogan bersama dengan PMX – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketika dia bergelar pemain antarabangsa Jerman, dia sudah berhubung rapat dengan presiden Turki itu.

Antara sebab kenapa dia dikecam rakyat Jerman selepas dia bergambar dengan Erdogan yang ketika itu berkempen untuk pilihanraya negaranya.

Kem Jerman menuduh Ozil tidak patriotik dan mencampuri urusan politik negara lain.

Ozil dan Ilkay Gundogan ketika itu menafikan mereka campur tangan politik Turki, sebaliknya bergambar untuk sekadar menyantuni presiden negara yang menjadi asal usul nenek moyang mereka.

Selepas menerima kecaman, akibat prestasi buruk Jerman dii Piala Dunia 2018, Ozil paling teruk dihentam kerana gambarnya itu terus diungkit.

ozil

Dia akhirnya memutuskan bersara daripada skuad kebangsaan Jerman dan kecewa kerana menurutnya, rakyat Jerman hanya menganggap dia sebagai orang Jerman ketika mereka menang, dan digelar imgiran ketika kalah.

Ozil banyak berjasa kepada kebangkitan Jerman. Menjadi arkitek penting Jerman untuk menjuarai Piala Dunia 2014.

Di peringkat kelab, Ozil kehilangan kontrak dengan Arsenal kerana menyuarakan tentang nasib etnik Uighur di China. Dia kemudian menamatkan karier kelabnya di Turki.

Ozil masuk politik

Dia lebih dekat dengan Turki dan tinggal di Ankara. Selepas pemilihan presiden parti AKP yang lalu, di mana Erdogan menang lagi, Ozil adalah antara muka baru yang dibawa masuk ke dalam parti tersebut.

Keputusan Mesut Ozil masuk politik di Turki membuatkan ramai tertanya, bolehkah dia menjadi wakil rakyat Turki?

Ini memandangkan Ozil masih memegang kerakyatan Jerman. Apakah dia akan melepaskan kerakyatan Jerman miliknya selepas ini?

Apa yang pasti Ozil masih lagi bertatih dalam kancah politik. Dan dia bersama dengan mentornya Erdogan.

Peminat rata rata gembira Ozil masuk politik. Kerana menurut mereka Ozil seorang yang dermawan dan juga berani bersuara untuk agamanya.