Meta dan TikTok telah menerima lebih 8,000 permintaan daripada Israel untuk mengalih keluar kandungan berkaitan konflik Hamas yang mereka dakwa melanggar dasar syarikat sosial media tersebut, menurut pejabat pendakwa Israel. Difahamkan dua syarikat gergasi sosial media itu telah pun mengalih keluar 94% kandungan yang berkaitan dengan konflik Palestin dan Israel.

Memetik laporan Forbes, pejabat pendakwa Israel berkata ia telah meminta agar kandungan yang mencetuskan keganasan dibuang, serta sebarang promosi yang dibuat secara meluas diklasifikan sebagai pengganas, termasuk Hamas dan Jihad Islam. Ia juga meminta beberapa lagu memuji Hamas diturunkan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan bahawa TikTok memberitahu Forbes bahawa polisinya adalah untuk mengalih keluar semua kandungan yang pro-Hamas dan apa sahaja kandungan yang memainkan lagu tersebut.

Dasar untuk mengawal kandungan yang melanggar ¬†berbeza di seluruh platform, tetapi Google, TikTok dan Facebook semua melarang bahan yang mempromosikan atau dihasilkan oleh kumpulan yang dikatakan “pengganas” oleh kerajaan AS, termasuk Hamas. Keganasan atau kebencian terhadap individu atau kumpulan berdasarkan etnik, kewarganegaraan, bangsa atau agama juga diharamkan.

Hadar Katz, jurucakap pejabat pendakwa negara Israel
Hampir 60% daripada 9,500 jumlah permintaan alih keluar kandungan daripada pejabat pendakwa raya telah dibuat ke atas laman sosial Facebook dan syarikat induk Instagram. Manakala  26% permintaan telah dibuat kepada TikTok, menurut data yang disediakan oleh agensi itu. Selain itu, 10% daripada permintaan tersebut ditujukan kepada X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter; permintaan yang dihantar ke YouTube dan Telegram kedua-duanya di bawah 5%.

Menurut pejabat pendakwa Israel, Telegram sahaja yang tidak mengikut arahan Israel.

Sumber