Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa kelab yang berpangkalan di Brunei, DPMM FC akan bertanding dalam musim baharu Liga Super 2025-2026.

DPMM FC bakal beraksi sebagai kelab jemputan selepas mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk beraksi dalam saingan liga profesional Malaysia, Liga Super yang dijangka bermula pada Ogos 2025.

Baca Juga:

Bukan Pertama Kali DPMM FC Di Liga Malaysia

DPMM FC bukan kelab asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila keka itu pasukan Brunei menyertai pertandingan Piala Malaysia pada 1979 buat kali pertama dan kemudian Liga Semi-Pro pada 1989.

Sebelum Brunei dinamakan sebagai DPMM FC, kelab itu pernah menjulang trofi Piala Malaysia 1999 dengan menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan menduduki tangga kega dalam saingan Liga Super 2005-2006.

MFL amat mengalu-alukan kehadiran DPMM FC bagi menambah saingan dan kemeriahan Liga Malaysia 2024-2025 selepas kali terakhir mereka tampil dalam Liga Super pada 2008.

Sudah pasti penyertaan DPMM FC akan memberikan satu tarikan dan cabaran baharu buat Liga Malaysia apatah lagi kelab ini memiliki sejarah tersendiri yang cukup dekat dengan penyokong tempatan.

Selain DPMM FC, 13 lagi kelab telah mendapat Lesen Kebangsaan musim 2025-2026 seperti yang diputuskan oleh First Instance Body (FIB) semalam untuk melayakkan diri bersaing dalam Liga Super.

Kelab berkenaan adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC manakala Kuala Lumpur City FC, PDRM FC, dan Kelantan Darul Naim FC (Lesen Kebangsaan dengan ‘sancon’) serta dua kelab dari AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC.

Musim lalu Liga Super hanya disertai 13 kelab berbanding musim ini 14 kelab termasuk penyertaan dua kelab dari AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC.

Walaupun pertandingan Liga Super kehilangan dua kelab Perak FC dan Kedah Darul Aman FC yang gagal dalam permohonan Lesen Kebangsaan, namun ini adalah bukti ketegasan FIB dan juga MFL terhadap kelab yang berdepan kes tunggakan gaji dalam masa yang sama bagi memaskan tahap integri dan kompef liga profesional ini di tahap tinggi.