Pengasas platform e-dagang dari China, Temu, iaitu Colin Huang kini menjadi orang terkaya di China pada ketika ini.

Aplikasi Temu menjadi sensasi kerana teknik pemasarannya yang sangat agresif di kesemua platform media sosial. Di mana netizen rata rata pernah melihat iklan berkaitan dengan Temu.

Colin Huang merupakan bekas pekerja Google, berjaya membina platform yang berpengaruh dalam masa yang singkat menerusi kepakarannya dalam algoritma atas talian.

Temu seringkali dianggap platform yang menawarkan harga rendah untuk barangan yang unik dari pelbagai kategori.

Huang yang juga pengasas PDD Holding memiliki Temu dan satu lagi aplikasi runcit di China iaitu Pinduoduo, memiliki jumlah kekayaan AS$48.6 bilion atau sekitar RM214.8 bilion.

Sekaligus mengatasi Zhong Shanshan, pengasas jenama Nongfu Spring yang bertahan sebagai orang terkaya China sejak April 2021. Dan merupakan orang ke-25 terkaya di dunia pada ketika ini.

Menurut sumber, Huang lahir 1980 di Hangzhou, China timur, merupakan seorang yang genius dalam matematik.

Pada 2015, dia mengasaskan Pinduoduo, yang berjaya berkembang menjadi salah satu lama e-dagang gergasi di China yang menjadi pesaing kepada Alibaba milik Jack Ma.

Setelah kejayaan Pinduoduo, Huang memperkenalkan platform e-dagang, Temu yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dan ianya berjaya menarik ramai pengguna. Kerana menawarkan barangan yang terus dari China pada harga yang rendah.

Temu berkembang pesat di Eropah, Amerika Selatan dan Asia.