Bekas pemain skuad kebangsaan Argentina, Diego Alberto Milito mengimbau kenangan sewaktu bekerjasama dengan bekas pengurusnya, Jose Mourinho ketika di Inter Milan.
Musim pertama Milito bersama Inter Milan jelas merupakan antara detik terhebat dalam kariernya apabila I Nerazzurri muncul juara berganda dengan membawa pulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Serie A dan Coppa Italia 2009/10.
Baca Juga:
- Jose Mourinho Berminat Bimbing Kelab Bawahan EPL
- Mourinho Masih Yakin Man United Adalah Juara EPL Sebenar Bukannya Man City
- Mourinho Bantah Keputusan Pengadil Dengan Guna Laptop
Malah, Milito turut dinobatkan selaku penjaring terbanyak Serie A dengan 22 gol diledakkannya sepanjang musim.
Lebih menarik untuk diperkatakan, Diego Milito turut menjaringkan dua gol ketika membantu Inter Milan menjuarai UCL dimana mereka menang 2-0 ke atas Bayern Munich.
Di samping Inter Milan memiliki barisan mantap ketika itu, Jose Mourinho tidak dinafikan merupakan ‘arkitek’ berpengaruh dalam membantu kelab tersebut meraih kejayaan.
Walaupun Mourinho dikenali sebagai seorang yang cukup lantang dalam mengeluarkan pendapat dan sering menerapkan permainan psikologi terhadap pengendali pasukan lawan tetapi Milito mempunyai pendapat berbeza tentang bekas pengurusnya itu.
“Dia mempunyai satu wajah di luar, tetapi di dalam [bilik persalinan] dia sangat berbeza,” ujar Milito menurut sumber laporan Goal.
“Di luar, dia kelihatan seperti ‘orang jahat’ untuk melindungi pasukan dan mengurangkan tekanan, tetapi di dalam dia adalah orang yang sangat menyenangkan. Secara peribadi, dia benar-benar luar biasa buat saya.”
“Apabila saya menandatangani kontrak dengan Inter, dia menelefon saya untuk mengalu-alukan saya kehadiran saya, dan saya memberitahunya bahawa mahu memakai jersi nombor 22, saya tahu nombor itu pada masa itu dimiliki oleh Paolo Orlandoni.”
“Saya memberitahunya bahawa sebenarnya nombor itu bukanlah satu masalah besar, tetapi Jose memberitahu saya untuk tetap tenang.”
“Kemudian apabila saya tiba di Inter, Paolo memberitahu saya bahawa Mou memberitahunya dalam sesi latihan: ‘Paolo, saya ada satu permintaan dan anda perlu setuju. Anda perlu memberi ruang untuk nombor 22’. Dan akhirnya saya mendapat nombor 22.”