Mimi Fly dikecam kerana berkemban dalam video muzik lagu raya berjudul serumpun.

Seperti  biasa setiap kali menjelang Hari Raya, ramai  artis yang mengeluarkan lagu raya.

Malah tahun ini kumpulan 3P yang berbangsa Cina turut mengeluarkan lagu raya yang dianggap catchy dan sedap.

Kumpulan Berbangsa Cina 3P Hasilkan Lagu Raya Yang Raih Pujian Rakyat Malaysia Pelbagai Bangsa

Artis terkemuka seperti Mimi Fly tidak mahu melepaskan peluang untuk memperdengarkan karyanya kepada umum. Namun Mimi Fly dikecam hebat akibat cara dia berpakaian dalam video muzik tersebut.

Meskipun ramai akui lagu tersebut lagu raya yang bagus dari segi lirik. Namun cara Mimi Fly dikecam kerana berkemban.

Mimi Fly dikecam tidak hormati bulan Ramadan dan Hari Raya

Penyanyi itu sebelum ini menjelaskan bahawa, dia langsung tidak berniat menghina kesucian bulan ramadan dan kesucian Hari Raya itu sendiri, sebaliknya berpakaian atas keselesaan.

Dia turut menegaskan bahawa dia mahu meraikan kepelbagaian fesyen di dalam video muzik tersebut.

mimi fly dikecam

Mimi Fly turut menafikan dia sengaja membuat kontroversi. Dan menegaskan bahawa dia menerima kritikan dan pujian dengan terbuka.

Dia berkata kepada Harian Metro: “Saya tidak sambil lewa dalam menyediakan pakaian untuk MV Serumpun dan bekerjasama juga dengan pereka fesyen terkenal bagi mempelajari sejarah pakaian orang terdahulu.

“Untuk itu, saya cuma rasa pakaian yang saya kenakan itu cantik dan selesa. Saya dah tengok pakaian orang-orang lama, jadi saya suka. Saya nak raikan pakaian dan fesyen kita sebenarnya.”

video mv

Mimi Fly dikecam teruk dan meminta maaf jika ada yang tersinggung dengan cara dia berpakaian dalam video muzik Serumpun tersebut dan berjanji akan memperbaiki kelemahannya di masa akan datang.

Sudah hilang

Namun begitu, pada hari ini, video muzik Serumpun tersebut sudah hilang daripada YouTube. Masih belum pasti sama ada ianya hilang kerana diturunkan sendiri oleh  pihak Mimi Fly.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa MV tersebut mungkin hilang kerana menerima terlalu banyak aduan daripada orang ramai, dan YouTube yang mengambil tindakan menurunkan konten tersebut.

Mungkin aturan privasi?

Ada juga yang merasakan video tersebut sudah ditetapkan kepada aturan peribadi atau ‘private’ akibat terlalu banyak kecaman daripada orang ramai.

“Mungkin masa Raya nanti video itu dipertontonkan kepada umum semula, sebab bulan ramadan ini sensitif sedikit,” kata seorang netizen yang lain.