Walaupun beratus batu jauhnya di antara Filipina dan Malaysia, siapa sangka dengan muzik sahaja sudah dapat menyatukan perhubungan antara dua negara ini.

Inilah yang pengalaman unik yang dikongsikan oleh seorang wanita yang hanya dikenali yanna yang berasal dari Filipina di mana sanggup mengembara ke Malaysia hanya kerana mahu menonton kumpulan kegemarannya iaitu KRU.

“Saya berada di Malaysia, pertama keluar dari negara (Filipina), hanya untuk KRU. Sebahagian mimpi tunggu dan akan menjadi kenyataan satu hari nanti,” tulisnya di video TikTok.

Tambahnya, inilah pertama kali dia datang ke Malaysia dan juga menonton konsert di luar negara untuk sepanjang hidupnya.

Berkongsi lanjut, dia menceritakan bagaimana dirinya mengenali boyband dari Malaysia adalah disebabkan menonton muzik lagu di saluran MTV pada suatu ketika dahulu.

Pernah terkenal dengan album berisi lagu Inggeris

Difahamkan kumpulan ikonik ini memang terkenal di luar negara pada era 2,000 di mana pada ketika itu mereka memperkenalkan sebuah album berjudul The Way We Jam yang menyajikan sejumlah lagu di dalam Bahasa Inggeris.

Ada yang mendakwa mereka turut popular di Australia pada ketika itu. Jika anda mendengar album ini, pasti tersangka ia datang daripada Barat walhal adalah hasil karya anak tempatan yang berbakat.

Cuba mempelajari BM

Dia juga mendedahkan cuba mempelajari Bahasa Malaysia dalam memahami lagu-lagu KRU yang selain dalam Bahasa Inggeris.

Malahan, dia menyimpulkan secara keseluruhannya sangat berpuas hati dengan persembahan konsert tersebut.

Selain itu, dia juga membeli cenderamata sebagai kenangan iaitu sebuah kotak album kaset sebelum pulang semula ke negara asalnya.

@thefangirlmom

First time out of the country, first concert abroad… and of course, it’s for KRU. #genKRU #genKRUday2 #KRU #krukonsert2025 #krukonsert #krubros #fanatik #legends #malaysia @yusryhalim @Edry @Norman KRU @kru.bros

♬ original sound – Yanna – yanna.thefangirlmom

Kelihatan dia sangat gembira dan menikmati konsert itu walaupun ada sebahagian lagu yang dibawakan di dalam Bahasa Malaysia.

@thefangirlmom

Yusry live. That’s it. That’s the whole story. 😍😍😍 #genKRU #genKRUday1 #KRU #krukonsert2025 #krukonsert #krubros #oohlala #legends #malaysia

♬ original sound – yanna.thefangirlmom – yanna.thefangirlmom

Menjengah ke ruangan komentar, ramai warga tempatan yang meluahkan rasa terkejut mengetahui akan KRU memiliki peminat dari luar negara dan pernah menjadi fenomena pada suatu ketika dahulu.