Siti Amiza Baharuddin, 27, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi semalam, atas pertuduhan mencari langganan persundalan menerusi aplikasi Telegram.

Siti Amiza menggunakan nama glamor Miza Ozawa aktif mencari pelanggan di platform telegram sambil menjual ubat kuat.

Dia mengaku bersalah dia atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi. 24 Jun ditetapkan untuk sebutan fakta kes dan jatuh hukum. Pertuduhan itu nanti akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Menurut laporan Xtra, Siti Amiza didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di kondominium di Bandar Bukit Mahkota, Kajang kira-kira jam 4 petang pada 6 jun lalu.

Tertuduh kini didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan. Dia berdepan dengan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

Miza Ozwa kemudian membuat rayuan untuk denda minimum atas sebab dia sedang hamil 6 bulan dan menghidap HIV.  Nurdiyanah bagaimanapun tidak menetapkan sebarang jaminan atas pertuduhan tersebut.

Seterusnya, Miza Ozawa turut dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Miza Ozawa meliki bahan lucah dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut laporan Xtra lagi, bagi pertuduhan memiliki ‘ubat kuat’ tanpa kelulusan KKM, tertuduh didakwa memiliki ubat tidak berdaftar dengan KKM iaitu dua kotak Secret Negro serta dua kotak Dara Jelita yang melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Denda maksimum untuk kesalahan itu adalah RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.