Pengendali Fenerbahce, Jose Mourinho mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila bertindak membuktikan kesilapan keputusan pengadil dengan menggunakan laptop ketika kemenangan 2-0 ke atas Antalyaspor.
Mourinho berang apabila jaringan Edin Dzeko dibatalkan kerana didakwa berada dalam kedudukan ofsaid dan dia meletakkan laptop di hadapan kamera televisyen sebagai tindakan membantah keputusan pengadil.
Baca Juga:
- Jose Mourinho Setuju Bimbing Fenerbahce
- Lihat Jose Mourinho Ramal Negara yang Akan Ke Final Piala Dunia 2018
- Jose Mourinho Dedah Kesilapan Paling Besar Dilakukan Dalam Kariernya
Paparan di laptop tersebut menunjukkan imej kedudukan pemainnya ketika insiden itu, sambil Mourinho cuba membuktikan kepada pegawai perlawanan yang keputusan mereka silap.
Meanwhile in Turkey, Mourinho was upset that Dzeko’s goal was ruled offside too quickly so he did the only logical thing… he setup his laptop in front of the camera showing the decision.
This is why he’s the Special One. THIS is football heritage. 😂 pic.twitter.com/oj3E48n96z
— Zwë 🍟 (@ZwebackHD) September 29, 2024
Pengadil perlawanan, Cihan Aydin tidak melayan bantahan Mourinho, sebaliknya melayangkan kad kuning kepadanya.
Tindakan lucu Mourinho itu turut mendapat sokongan daripada para peminat dan mereka menyifatkan ini adalah sebab kenapa bekas pengendali Chelsea itu digelar ‘The Special One’.
Fenerbahce tetap mengutip tiga mata dengan Dusan Tadic menjaringkan gol sebelum jaringan sendiri Thalisson Kelven.
Skuad kendalian Mourinho akan berdepan Twente dalam saingan Liga Europa pada Khamis
Bekas pemain Manchester City, Dzeko bermula cemerlang untuk Fenerbahce dengan pemain 38 tahun itu meledak lima gol dalam tujuh penampilan liga setakat ini