Pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho dilaporkan berminat untuk merekrut pemain tengah berpengalaman, Thomas Muller pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Muller yang masih berminat untuk menabur bakti bersama Bayern Munich tidak diberikan peluang untuk berbuat demikian selepas kelab gergasi Jerman itu enggan menawarkan kontrak baharu buat beliau.

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, jodoh 25 tahun bersama Bayern Munich semakin hampir ke penghujung dan Muller bakal bergelar ejen bebas.

Thomas Muller
Bundesliga – Werder Bremen v Bayern Munich – Weser-Stadion, Bremen, Germany – May 6, 2023 Bayern Munich’s Thomas Mueller celebrates after the match REUTERS/Thilo Schmuelgen./File Photo

Menurut sumber laporan Goal, Fenerbahce menjadi calon utama untuk memberikan peluang buat Thomas Muller untuk terus membuktikan kemampuannya pada usia 35 tahun.

Mourinho dikatakan ingin menambah pengalaman dan kepimpinan dalam skuad Fenerbahce.

Thomas Muller Sebagai Pengganti

Dengan spekulasi kuat mengatakan mengenai kemungkinan pemain tonggak seperti Dusan Tadic dan Edin Dzeko akan meninggalkan pasukan, pengurus kelahiran Portugal itu  sedang mencari pengganti bertaraf tinggi untuk mengekalkan kelebihan daya saing pasukan.

Tadic telah menyumbang 11 gol dan mencipta 15 bantuan jaringan pada musim ini, manakala Dzeko telah menjaringkan sembilan gol

Thomas Muller
Europa League – Knockout Phase Playoff – Second Leg – Anderlecht v Fenerbahce – Lotto Park, Anderlecht, Belgium – February 20, 2025 Fenerbahce coach Jose Mourinho before the match REUTERS/Yves Herman/File Photo

Kehilangan kedua-dua pemain ini pastinya akan memberikan tamparan buat Mouringo tetapi mendapatkan Muller bukan sahaja dapat mengurangkan kesan kehilangan itu tetapi juga menunjukkan hasrat kelab untuk mencabar kejuaraan domestik dan Eropah.

Sumber Goal turut melaporkan bahawa Fenerbahce sedang menyediakan tawaran kontrak selama setahun untuk Muller, termasuk pilihan untuk melanjutkan perjanjian tersebut untuk musim kedua berdasarkan prestasi dan persetujuan bersama.

Sumber