Jose Mourinho masih optimis menantikan hari dia dan Man United diiktiraf sebagai juara Liga Perdana Inggeris, dengan syarat Man City didapati bersalah dan dilucutkan kejuaraan mereka.

Man City berdepan 115 pertuduhan salah laku kewangan yang mereka lakukan dari tahun 2009 sehingga 2018. Dan Man United di bawah Mourinho pernah menamatkan saingan liga di tangga kedua di belakang City pada 2017/18.

Beberapa tahun lalu bekas pengurus Man United itu menyatakan bahawa mereka di Old Trafford memang dah tahu ada benda tak betul di Man City. Cuma tak mahu heboh.

Terbaru penggurus itu menyindir Man City sekali lagi. Sambil dia menyatakan bahawa dia melalui karier luar biasa bersama United. Ini termasuk memenangi UEL bersama kelab itu, dan dia masih menunggu kejuaraan EPL diserahkan kepada United.

Mourinho kali ini membimbing Fenerbahce dalam aksi UEL. Dia berkata:

“Macam yang semua orang tahu, kami ketika itu menang Europa League, dan kami menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Manchester City. Saya berpendapat kami masih ada peluang untuk memenangi liga musim tersebut jika Premier League menghukum Man City.

“Dan mereka [Man United] harus membayar bonus saya dan berikan saya wang itu.”

Bercakap tentang prestasi United dalam kempen kali ini, Mourinho kata: “Rasanya mereka sudah dalam keadaan stabil. Siapa 2 calon utama untuk menjuarai UEL. Mudah: Man United, dan Tottenham.”