Seorang influencer yang juga usahawan jual piza wagyu telah dikompaun Majlis Perbandaran Ampang Jaya selepas didapati meniaga tanpa lesen.
Menerusi hantaran Facebook MPAJ, usahawan itu dikompaun kerana berniaga tanpa lesen sah yang menyebabkan gangguan awam.
Baca Juga:
- Daripada Hobi Hingga Harumkan Nama Malaysia, Jofliam Menang Tempat Ke-4 Pertandingan Memasak Piza Di Itali
- ‘Macam Ni Siapa Berani Lari?’ – Kedai Makan ‘Rare’ Di Melaka Ini Guna Parang Potong Piza Depan Pelanggan
- Gara-Gara Tidak Mahu Divaksin, Presiden Brazil Sanggup Makan Piza Di Tepi Jalan
Apa kompaun usahawan piza wagyu kena?

“Satu kompaun telah dikeluarkan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjamin.
“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sentiasa menyokong inisiatif pembangunan usahawan tempatan sebagai pemacu ekonomi komuniti.
“Namun demikian, kami amat berharap agar semua pihak dapat mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi menjaga keharmonian bersama,” kata MPAJ.

Susulan itu, satu sesi pertemuan telah diatur dengan pihak berkaitan untuk berbincang dan mencari penyelesaian yang terbaik agar situasi seumpama ini tidak berulang dan tidak menjejaskan ketenteraman awam selain usaha membantu pembangunan usahawan tempatan sebagai langkah proaktif.