Keputusan sama ada beberapa blok yang masih tinggal di Highland Towers di Hulu Kelang, Selangor, boleh dirobohkan dijangka akan dibuat dalam masa dua bulan.

Mahkamah Majistret Ampang dijangka akan membuat keputusan pada 25 Julai, petik The Star.

Baca Juga:

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memfailkan permohonan perintah mahkamah tahun lalu untuk meneruskan proses merobohkan dua blok yang telah lama ditinggalkan.

MPAJ tunggu keputusan mahkamah sebelum robohkan Highland Towers
Kos Boleh Cecah RM7 Juta, MPAJ Tunggu 'Green Light' Robohkan Highland Towers
Sumber Gambar: Instagram @mp_ampangjaya

Timbalan Presiden MPAJ, Hasrolnizam Shaari, berkata pihak majlis tempatan perlu menunggu keputusan mahkamah.

“Setelah mahkamah mengeluarkan keputusan, MPAJ perlu memaklumkan kepada kerajaan negeri.

“Baru selepas menerima maklum balas daripada kerajaan negeri, MPAJ boleh meneruskan tindakan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan majlis tempatan di Menara MPAJ, Pandan Indah, semalam.

Penduduk sekitar buat aduan Highland Towers
Kos Boleh Cecah RM7 Juta, MPAJ Tunggu 'Green Light' Robohkan Highland Towers
Sumber Gambar: enanyang

Tahun lalu, MPAJ memulakan proses untuk merobohkan blok-blok yang masih tinggal, susulan beberapa aduan daripada penduduk sekitar.

Presiden ketika itu, Dr. Ani Ahmad, berkata MPAJ akan mengeluarkan notis kepada pemilik hartanah untuk merobohkan struktur berkenaan.

Beliau juga menyatakan bahawa proses yang sewajarnya akan dijalankan mengikut Seksyen 87, 88 dan 89 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Seksyen-seksyen ini berkaitan dengan gangguan (Seksyen 87 dan 88) serta perobohan rumah yang tidak sesuai didiami (Seksyen 89).

Kos robohkan Highland Towers boleh cecah RM7 juta

Pada masa itu, beliau berkata kos perobohan Highland Towers dianggarkan antara RM6 juta hingga RM7 juta.

Memetik laporan itu lagi, dalam kenyataan berasingan, Hasrolnizam berkata sebanyak RM7.5 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan tahun ini, sebagai sebahagian daripada pendekatan pembangunan berpusatkan rakyat MPAJ.

Beliau berkata peruntukan itu selaras dengan semakan kadar cukai taksiran baru-baru ini yang menyaksikan kenaikan kadar.

“Antara projek yang dirancang termasuk naik taraf gerai makanan dan pasar, serta penyelenggaraan kemudahan di kawasan rekreasi,” katanya.

Kos Boleh Cecah RM7 Juta, MPAJ Tunggu 'Green Light' Robohkan Highland Towers
Sumber Gambar: Reddit

Pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan dan pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, baru-baru ini mengarahkan semua majlis tempatan untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan menggunakan hasil tambahan tersebut.

Ng menambah bahawa majlis-majlis tempatan telah diarahkan untuk melaksanakan antara lima hingga sepuluh projek jangka pendek dan jangka panjang sebagai sebahagian daripada semakan tersebut.

Selain peruntukan MPAJ, Hasrolnizam berkata sejumlah RM25 juta dari kerajaan negeri dan Persekutuan akan digunakan untuk menyokong pelbagai projek penambahbaikan.

Ini termasuk RM20.3 juta di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (Malaysian Road Records Information System).

Beliau berkata sebahagian daripada peruntukan RM4.8 juta dari Kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk 21 projek bagi membina perhentian bas baru dan laluan pejalan kaki.

Sumber