Isu yang melibatkan agama merupakan satu isu yang sensitif, dan semalam tular di laman sosial Twitter mengenai produk footprint car stickers yang didapati warganet mengandungi kalimah Allah pada produk tersebut.
Sesiapa yg ada masuk kedai DIY, tolong cari brg ini & suruh tuan kedai tarik balik brg ini… pic.twitter.com/LJDchQM5Qq
— m.faizmin🌛 (@MSkylexer) February 6, 2019

Produk tersebut dibeli di kedai MR.DIY dan rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dan marah. Ada yang berpendapat produk berkenaan diperbuat daripada bahan kitar semula.
Adibah Noor yang juga merupakan duta buat jenama MR.DIY turut memaklumkan pihak pengurusan MR.DIY berkenaan perkara ini. Pihak MR.DIY memandang serius tentang isu ini dan telah menarik balik produk berkenaan daripada semua cawangan MR.DIY.
saya dah maklumkan semalam pd pihak diy. tindakan sedang diambil. thanks
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) February 7, 2019
ISU TULAR PRODUK MR DIY
Semalam ada isu tular tentang “car stickers” yang dijual di MR DIY yang mempunyai cetakan kalimah Allah dan Muhammad.
Sehubungan dengan itu, MR DIY telah mengeluarkan arahan untuk menarik semula barangan tersebut dari semua cawanganya.
Pls RT. pic.twitter.com/8K62DqWLY4
— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) February 7, 2019
Pihak MR.DIY turut akan memberi ganti rugi kepada anda yang telah membeli produk tersebut tetapi anda haruslah menampilkan bukti pembelian.
Pengilang produk ini yang perlu dipersalahkan kerana MR.DIY cuma membuat pesanan produk yang mereka mahu jual dan tidak mengetahui proses pembuatan setiap produk. Apa pun, pujian harus diberi buat MR.DIY kerana menyelesaikan isu ini dengan pantas.