Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menjadi sebutan netizen di media sosial selepas mengungguli tempat pertama di dalam carta sekolah terbaik keputusan SPM 2023 mengikut gred purata sekolah.

Sejak itu, orang ramai mula tertanya-tanya tentang kewujudan sekolah maahad tahfiz yang cukup berprestij ini sehinggakan berjaya mengatasi sekolah-sekolah SBP atau MRSM terkemuka lain pada kali ini.

Baru-baru ini, seorang individu yang juga merangkap sebagai alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang sedia mempromosikan dengan berkongsi beberapa fakta menarik tentang sekolahnya kepada orang ramai.

Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Alumni Kongsi Fakta Menarik Tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Sumber Gambar: pendidikan4all

Sebagai informasi umum, sekolah ini di bawah naungan Yayasan Pahang dan Sultan Pahang. Pelajar-pelajar ini telah mendapat tajaan biasiswa Yayasan Pahang.

Alumni ini berkongsi sedia menerima tajaan sebanyak RM2,300 bagi setiap bulan. Wang tajaan itu pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu RM1,500 untuk kos sara hidup dan RM800 untuk elaun bulanan pada ketika itu.

Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Alumni Kongsi Fakta Menarik Tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Sumber Gambar: MTNP

Namun, kini ibu bapa dikenakan yuran bayaran bulanan sebanyak RM1,650 untuk anak mereka menuntut di sekolah tahfiz ini. Berdasarkan pencarian kami, anda yang bukan berasal dari Pahang pula akan dikenakan yuran bulanan yang lebih tinggi iaitu RM2,150.

Sementara ibu bapa yang bergaji di bawah RM20,000 pula, boleh mendapatkan tajaan di bawah Yayasan Pahang asalkan lulus kesemua fasa temu duga yang diadakan.

Selepas terpilih untuk menuntut di situ, rutin harian bagi pelajar sememangnya sistematik yang mana penuh dengan pengisian dari segi akademik dan juga kesihatan jasmani.

Maahad tahfiz negeri pahang
Sumber Gambar: MTNP

Bermula seawal 6 pagi, mereka akan bangun untuk menunaikan solat subuh lalu diikuti rutin seharian dalam akademik dan rohani. Kemudian, pada sesi petang akan diisi dengan aktiviti riadah dan pada belah malam akan melakukan tugasan sekolah sehingga pukul 11 malam.

Difahamkan mana-mana tahfiz yang mempunyai silibus akademik akan memiliki jadual padat sedemikian.

Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Alumni Kongsi Fakta Menarik Tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Sumber Gambar: Muslim.SG

Bercakap mengenai kelayakan untuk masuk ke MTNP, UPSR perlulah straight A dan boleh hafal sekurang-kurangnya satu muka surat semasa ditemu duga. Penemu duga akan memberi tempoh sejam untuk hafal ayat al-Quran sebanyak mungkin. Di sinilah, ramai individu yang tidak berjaya melepasi untuk ke fasa seterusnya.

Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Alumni Kongsi Fakta Menarik Tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang
Sumber Gambar: MNTP

Dari segi riadah pula, penawaran sukan sama sahaja seperti sekolah lain cuma ada keunikan tersendiri di mana ada memanah, ekustrian dan golf. Alumni sendiri turut mendedahkan dia pernah menjadi wakil berkuda sampai ke peringkat antarabangsa.

Bagi dia, waktu belajar sememangnya stress kerana perlu menguasai pelbagai perkara.

Selain itu, dia juga perlu melakukan hafazan lebih 40 muka surat berulang kali pada setiap hari. Apabila sudah terbiasa menghafal lama-kelamaan boleh mengharungi suasan yang penuh tekanan dan dibawa sehingga ke dunia dewasa kelak.

Tenaga pengajar pula sangat berkualiti bahkan siap ada tuisyen pada hujung minggu. Pada bulan Ramadhan bakal diadakan ujian hafalan MUIP dan YP. Difahamkan sesiapa yang dapat menghafaz 30 juzuk bakal menerima RM6,000 dan tidak termasuk insentif-insentif lain seperti menjadi imam tarawih atau menghadiri pertandingan.

Dia bagaimanapun menegaskan paling penting sekali adalah minat dan mampu untuk belajar di tahfiz. Ini bermaksud ibu bapa tidak boleh memaksa anak-anak jika mereka tidak verminat lebih-lebih lagi dalam menghafaz al-Quran yang pasti memerlukan ketekunan dan minat yang tinggi.

Dalam pada itu, ada yang berkongsi bahawa fasiliti di MTNP juga sudah menyamai seperti universiti swasta berprestij di luar sana.

Susulan perkongsian alumni tersebut, ternyata ramai netizen terkejut mengetahui betapa hebatnya sistem pembelajaran Maahad Tahfiz Negeri Pahang sekaligus menjadi rencah kepada kejayaan pelajar-pelajarnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga menegaskan dengan pencapaian cemerlang yang ditonjolkan telah membuka mata bahawa tahfiz bukanlah tempat pemulihan ahlak seperti yang dibayangkan sebelum ini.

 

 

Sumber